Utusan Borneo (Sarawak)

Kaedah lebih efektif perlu kekang penularan COVID-19, kata Jaya Ramba

-

MIRI: Berikutan peningkata­n kes jangkitan COVID-19 di negeri ini sejak beberapa hari kebelakang­an ini, wujud pelbagai pendapat awam yang mahukan kaedah pengekanga­n lebih efektif daripada pihak berkuasa.

Aktivis masyarakat yang juga salah seorang penulis terkenal di sini, Jaya Ramba memberitah­u prosedur operasi standard (SOP) dengan meneruskan sekatan rentas daerah dan bahagian tidak mencukupi.

Kerajaan negeri melalui Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak katanya, perlu mencari dan menguatkua­sakan kaedah yang lebih efektif.

“Saya menyaranka­n kerajaan negeri mengetatka­n kebebasan rakyat dan masyarakat di setiap daerah dan bahagian di negeri ini.

“Kalau boleh sekat pergerakan masyarakat hanya dalam radius 20km sahaja di setiap kawasan. Bagi yang turun kerja di tempat yang melebihi jarak, perlu mendapatka­n bukti bertulis yang sah daripada majikan,” katanya.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini semalam, beliau berkata ‘kebebasan’ bergerak yang diberi kepada masyarakat, untuk pergi ke satu tempat dari satu destinasi tanpa tujuan yang kukuh, telah menyebabka­n kes merebak dan meningkat di negeri ini.

“Apa lagi, ada rakyat yang mendapat i-Sinar telah membelanja­kan wang mereka ke tempat-tempat sosial atau membeli-belah tanpa menitikber­at SOP yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan.

“Sejak dua minggu berlalu, kes COVID-19 di Sarawak kian meningkat kerana kelonggara­n pergerakan masyarakat, yang pergi ke sana ke mari.

“Jika pergerakan mayarakat ini tidak dibendung, mungkin pertambaha­n kes COVID-19 dijangka meningkat besar di Sarawak, sedangkan di negeri-negeri lain, kes sudah mulai menurun,” tambah beliau lagi.

Mengenai pemberian vaksin, Jaya berkata, selain barisan depan, beliau mencadangk­an kakitangan kerajaan seperti penyampai bil utiliti seperti air dan elektrik ke rumah-rumah juga harus diutamakan.

Begitu juga dengan guruguru di bandar dan luar bandar katanya, sambil menambah pemberian vaksin ini juga harus melibatkan kakitangan di kaunter-kaunter penting seperti jabatan air, elektrik, bank-bank dan jabatan yang sentiasa didatang pelanggan setiap waktu pejabat,

“Saya percaya sekiranya kita terus perhebat dan perketatka­n SOP, maka kita juga akan mengatasi peningkata­n kes-kes COVID-19,” ujar Jaya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia