Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar dari keluarga miskin terima sumbangan kumpulan media sosial

-

MIRI: Seorang pelajar tingkatan Tiga dari keluarga miskin di Selangau menerima sumbangan berjumlah RM3,800 daripada sebuah kumpulan media sosial WhatsApp ‘Adat Miring Penti Pemali’.

Sumbangan itu disampaika­n kepada Silang Ling yang dibesarkan oleh ayahnya, selepas kumpulan WhatsApp berkenaan mengetahui ayah Silang tidak mampu bekerja lagi berikutan masalah kesihatan bagi menyokong perbelanja­an pendidikan Silang.

Kemarau Endau mewakili kumpulan WhatsApp berkenaan bagi berjumpa dengan Silang dan menyampaik­an sumbangan terbabit di sekolahnya di SMK Ulu Balingian pada Rabu lalu.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut turut disaksikan oleh bendahari sekolah berkenaan, Nurhanita Abdullah.

Menurut Kemarau, sumbangan itu merupakan hasil kutipan diperolehi melalui kumpulan WhatsApp terbabit setelah mengetahui keadaan Silang.

“Setelah keadaan keluarga Silang dikongsika­n di laman sosial Facebook dan WhatsApp, kami segera memutuskan mengutip sumbangan daripada ahli-ahli kumpulan bagi membantu mereka.

“Ayah Silang tidak mampu bekerja lagi berikutan dengan faktor kesihatann­ya. Kami juga difahamkan Silang tinggal bersama ayahnya selepas ayah dan ibunya bercerai,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Justeru, Kemarau berharap lebih ramai individu ataupun badan bukan kerajaan (NGO) untuk tampil membantu keluarga terbabit.

Beliau menggesa mereka ingin menghulurk­an bantuan bagi membantu Silang boleh menghubung­i Pengetua SMK Hulu Balingian, Eri

Ambau atau guru kaunseling Christy Minggu menerusi talian 012-875 8823.

“Pada masa sama, kami turut ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pengetua Eri Ambau menyambut baik kedatangan kami ke sekolah bagi menyampaik­an sumbangan itu kepada Silang,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Kemarau (dua kiri) menyampaik­an sumbangan terbabit kepada Silang, sambil disaksikan yang lain.
SUMBANGAN: Kemarau (dua kiri) menyampaik­an sumbangan terbabit kepada Silang, sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia