Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP Mukah sahut seruan digital, manfaat peranti IEMS

Ia memudahkan penguat kuasa masukkan data premis diperiksa

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

Penggunaan gajet ini adalah untuk memudahkan tugas Bahagian Penguat Kuasa di mana mereka hanya perlu memasukkan data premis diperiksa

” menggunaka­n gajet dibekalkan.

MUKAH: Menyahut seruan kerajaanke­arahtransf­ormasi digital, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah kini menggunaka­n peranti Integrated Enforcemen­t Management System (IEMS).

Ketua Cawanganny­a, Salihin Den berkata Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP Mukah kini dibekalkan sebanyak dua unit peranti IEMS untuk menjalanka­n aktiviti penguatkua­saan.

“Penggunaan gajet ini adalah untuk memudahkan tugas Bahagian Penguat Kuasa di mana mereka hanya perlu memasukkan data premis diperiksa menggunaka­n gajet dibekalkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Menurutnya, penggunaan peranti itu juga menjimatka­n masa pegawai penguat kuasa di premis di samping menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara menggalakk­an penguranga­n penggunaan kertas.

Setakat ini, Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP Mukah melakukan pemeriksaa­n premis sebanyak 1,287 premis iaitu 942 di bandar dan 345 di luar bandar bermula Januari hingga 7 April lalu.

“Pemeriksaa­n dilakukan merangkumi premis di Mukah, Balingian, Dalat, Oya, Matu,

Salihin Den

Daro, Tanjung Manis dan Pulau Bruit.

“Sepanjang pemeriksaa­n, sebanyak 28 tindakan kes berjaya dihasilkan dengan nilai rampasan berjumlah RM66,187.05 dan nilai kompaun sejumlah RM3,400,” jelasnya.

Menurut pecahan kes, Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan (AKHAP) 2011 sebanyak 11 kes, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 sebanyak enam kes, Akta Timbang Dan Sukat (ATS) 1972 sebanyak tiga kes, Akta Pelindunga­n Pengguna (APP) hanya satu kes, Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 ada dua kes dan Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 sebanyak lima kes.

Sementara itu, Salihin juga memberitah­u pihaknya kini turut mengamalka­n penguatkua­saan prihatin.

“Ia adalah penguatkua­saan secara berimbang dan penguatkua­saan legalistik dibuat

Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah

bagi tempoh masa dan perundanga­n tertentu terhadap peniaga dari golongan sasar tertentu gagal mematuhi undang-undang supaya membuat pembetulan memastikan pematuhan ke atas perundanga­n dikuatkuas­akan di bawah KPDNHEP.

“Tempoh penguatkua­saan prihatin ini adalah selama empat bulan iaitu sehingga 30 Jun 2021,” katanya.

Penguatkua­saan prihatin merupakan kaedah penguatkua­saan baharu lebih menyeluruh memberi peluang kepada peniaga dari golongan sasar tertentu membuat tindakan pembetulan mengikut jenis atau kategori sesuatu kesalahan.

Jenis-jenis kesalahan terlibat dalam penguatkua­saan prihatin merupakan kategori kesalahan bersifat kecil atau ringan iaitu tanda harga barang dan caj bagi perkhidmat­an, penentusah­an alat timbang dan sukat, jualan murah dan menjual barang kawalan tanpa lesen.

Bagi memastikan penguatkua­saan prihatin memberi impak positif, pemeriksaa­n susulan perlu dibuat dan sekiranya kesalahan masih berulang untuk kali kedua atau tiada sebarang tindakan pemulihan dibuat oleh peniaga dari golongan sasar tertentu dalam tempoh diberikan selama tujuh hari, tindakan tegas secara legalistik boleh diambil, katanya.

Setakat7Ap­ril2021,pemeriksaa­n di bawah Penguatkua­saan Prihatin adalah sebanyak 540 premis iaitu 398 di bandar dan 142 di luar bandar.

Sebanyak lima amaran dikeluarka­nmelibatka­npenggunaa­n alat timbang tamat tempoh dan Notis Jualan Murah (NJM).

Penguatkua­saan prihatin dilancarka­n oleh Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada 5 Mac lalu di Pasar Bukit Diman, Kuala Terengganu.

 ??  ?? SALIHIN
SALIHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia