Utusan Borneo (Sarawak)

Katedral St Joseph Miri umum pemenang cabutan tiket bertuah

-

MIRI: Katedral St Joseph di sini semalam mengumumka­n senarai pemenang cabutan tiket bertuah bagi mereka yang membeli kupon-kupon Kempen Ester 2020 yang bertujuan mengutip dana untuk projek Wisma St Joseph, Miri.

Dana berkenaan akan digunakan untuk membina Gereja St Joseph, Permyjaya dan juga Rumah Uskup di bawah projek Wisma St Joseph.

Usaha itu dimulakan pada 2020 dan cabutan bertuah sepatutnya dilakukan pada musin Ester 2020, namun telah ditangguh dan dijadualka­n pada Ester 2021 berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Jumlah semua dana yang berjaya dikutip sepanjang kempen tersebut ialah sebanyak RM770,000.

Sementara itu, semasa pengumuman yang diadakan sempena misa harian yang berlangsun­g di Katederal St Joseph semalam, Paderi Vincent Shim telah mendedahka­n 53 pemenang bertuah.

Tiga pemenang utama ialah pemenang tiket bertuah nombor 036344, yang memenangi hadiah utama, kereta Perodua Axia 1000G (Auto); diikuti pemenang kedua 129878 yang menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan pemenang hadiah ketiga iaitu tiket bertuah nombor 097833, yang menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Seramai 50 pemenang hadiah sagu hati yang masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM200 ialah pemilik tiket bertuah nombor:

137267, 158315, 170628, 048071, 023610, 079466, 167015, 135883, 197285, 002741, 175129, 063242, 130684, 081183, 163917, 011058, 025491, 055178, 005116, 151507, 143206, 070421, 117376, 019495, 110920, 176896, 008746, 052350, 030482, 039891, 133789, 156531, 177152, 023174, 142354, 169959, 090387, 084960, 012334, 144536, 065378, 080399, 151199, 184399, 080703, 056765, 192723, 051387, 069613 dan 053498.

Sehubungan itu, kesemua pemenang diminta untuk menuntut hadiah masingmasi­ng di pejabat parish masing-masing (di mana mereka membeli tiket bertuah) dalam tempoh sebulan, bermula 11 April hingga 10 Mei ini.

 ??  ?? BERTUAH: Vincent (kanan) mengumumka­n nombor bertuah yang memenangi cabutan sempena Kempen Ester 2020, bertempat di pekarangan Katedral St Joseph di Miri, semalam.
BERTUAH: Vincent (kanan) mengumumka­n nombor bertuah yang memenangi cabutan sempena Kempen Ester 2020, bertempat di pekarangan Katedral St Joseph di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia