Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya 65 penjaja berniaga di Pasar Tamu Jalan Indah

-

SIBU: Hanya 65 daripada 174 penjaja berniaga di Pasar Tamu Jalan Indah setelah pasar hujung minggu itu dibenarkan mula beroperasi semula semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Penjaja Kecil dan Pasar Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Albert Tiang berkata, kehadiran pengunjung ke Pasar Tamu Indah semalam juga kurang.

Beliau percaya ini mungkin disebabkan Sibu mencatatka­n kes COVID-19 yang agak tinggi kelmarin iaitu 115 kes.

“Namun apa yang penting adalah penjaja dan pengunjung mematuhi SOP yang telah ditetapkan iaitu memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.

“Cuba jangan berkumpul di gerai yang telah penuh dengan pelanggan,” ujarnya kepada pemberita selepas menemani pengerusi MPS Clarence Ting meninjau keadaan di Pasar Tamu Indah semalam.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang serta Naib Pengerusi Jawatankua­sa Penjaja Kecil dan Pasar MPS Augustine Merikan.

Menurut Tiang, hanya tiga penjaja Bumiputera berniaga dan ini mungkin disebabkan ramai peniaga yang tidak tahu Pasar Tamu Indah ini dibenarkan beroperasi semula.

Sementara itu menurut Augustine, jumlah penjaja

Bumiputera yang kurang itu mungkin disebabkan ramai yang masih takut untuk berniaga disebabkan pandemik COVID-19.

“Namun kita telah memaklumka­n penjaja terbabit yang Pasar Tamu Indah telah dibuka semula bermula 10 April,” ujarnya.

Pasar Tamu Indah beroperasi setiap Sabtu dan Ahad dari jam 6 pagi hingga 11 pagi. Pasar tamu ini ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an pada 16 Januari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia