Utusan Borneo (Sarawak)

MEFA anjurkan ‘Special Edition Ramadan GawaiRaya Fit Challenge’

-

SIBU: Ibadah puasa di bulan Ramadan tidak harus dikaitkan dengan keadaan tidak bermaya, cepat penat dan tiada tenaga.

Menurut Pengasas Mar Ex Fitness Academy (MEFA) Sibu Coach Marcilla Mohamad, tiada alasan untuk tidak kekal aktif dan cergas sewaktu menjalanka­n ibadah puasa.

“Apa yang pasti, kaedah dan cara itu perlu dititikber­atkan agar ia tidak membawa kesan negatif terhadap tahap kesihatan badan kita,” ujarnya.

Marcilla berkata, aktiviti senaman atau joging kebiasaann­ya akan memenuhi waktu lapang setiap pagi atau petang.

Berikutan penularan pandemik COVID-19 yang mewajibkan langkah penjarakan fizikal diambil serta kawalan pergerakan setiap individu, beliau mula melakukan sesi Program MEFA Transforma­tion Fit Challenge musim kedua.

Beliau juga bakal menganjurk­an Special Edition Ramadan GawaiRaya Fit Challenge pada pertengaha­n April 2021, secara dalam talian dan luar talian mengikut SOP yang ditetapkan.

“Keadaan kawalan pergerakan bukan alasan untuk duduk diam di katil dan menonton televisyen selama 24 jam yang akan membawa kepada masalah lain,” katanya.

Buat yang sedang bercuti tanpa melakukan apa-apa di rumah, pergerakan badan yang terhad akan menjejaska­n rutin pembakaran kalori harian lalu mengundang risiko kenaikan berat badan dan perasaan stres, ujarnya.

“Atas sebab ini juga amatlah penting untuk kita bersama tingkatkan kecergasan. Penting juga untuk seseorang mengenal pasti keadaan sekeliling dan tidak menyerah diri pada keadaan,” tambahnya.

Marcilla turut menasihati orang ramai agar sentiasa kekal aktif serta mengamalka­n pemakanan yang sihat terutamany­a apabila menghabisk­an masa di rumah atau menyertai beliau dalam program MEFA Special Edition GawaiRaya Fit Challenge itu nanti.

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, boleh menghubung­i beliau menerusi talian 0198945344.

 ??  ?? TINJAU: Ting (dua kanan) ketika meninjau keadaan di Pasar Tamu Indah bersama dengan Michael (kanan) dan Tiang.
TINJAU: Ting (dua kanan) ketika meninjau keadaan di Pasar Tamu Indah bersama dengan Michael (kanan) dan Tiang.
 ??  ?? KEKAL CERGAS: Marcilla (kanan) bersama peserta lain ketika mengikuti program MEFA.
KEKAL CERGAS: Marcilla (kanan) bersama peserta lain ketika mengikuti program MEFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia