Utusan Borneo (Sarawak)

Wajib saringan masuk Bintulu selaras usaha kesan kes positif

Ia dapat memudahkan pihak berkuasa tangani jangkitan: Tiong

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

“Daripada

116 kes baharu yang direkodkan di Bintulu kelmarin (9 April), kebanyakan­nya adalah mereka yang telah memohon pas perjalanan masuk dan keluar dan dalam melakukann­ya telah menerima laporan positif untuk COVID-19.

BINTULU: Pendekatan mewajibkan setiap individu menjalani ujian saringan COVID-19 (rT-PCR) sebelum memasuki Bintulu adalah selaras dengan usaha pihak berkuasa mengesan mereka yang positif COVID-19, kata Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata, melalui langkah itu akan dapat memudahkan pihak berkuasa menyesuaik­an strategi bagi menangani sebarang jangkitan pandemik.

“Daripada 116 kes baharu yang direkodkan di Bintulu kelmarin (9 April), kebanyakan­nya adalah mereka yang telah memohon pas perjalanan masuk dan keluar dan dalam melakukann­ya telah menerima laporan positif untuk COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, Tiong meminta orang ramai untuk menjalani ujian itu dan memastikan

Datuk Seri Tiong King Sing

mereka bebas daripada pandemik berkenaan bagi melindungi diri dan orang lain.

Beliau turut meminta orang ramai untuk kekal duduk di rumah, menghindar­i aktiviti di luar rumah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Barisan hadapan dan mereka yang perlu keluar bekerja perlu memastikan keadaan mereka selamat dengan melindungi diri mereka dan orang di sekitar mereka.

“Sekiranya kes yang meningkat

Ahli Parlimen Bintulu

tidak reda, pihak berkuasa akan mempertimb­angkan untuk memperketa­tkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD),” katanya.

Tiong berkata, pihak berkuasa juga akan mempertimb­angkan untuk mengunci kawasan yang terjejas teruk dengan menggunaka­n pagar kawat berduri untuk memutuskan rantaian wabak sekali gus mengawal pergerakan orang ramai.

“Ini akan memberi hasil yang berkesan tetapi boleh menimbulka­n kesulitan besar kepada mereka yang terlibat.

“Difahamkan, tahap kegelisaha­n dan kebimbanga­n sangat tinggi di Bintulu. Namun, jika semua orang memberikan kerjasama yang lebih baik dan tidak melakukan penyebaraa­n maklumat palsu, kita akan dapat mendepani tempoh sukar ini dengan lebih mudah,” tambahnya.

 ??  ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia