Utusan Borneo (Sarawak)

Dana RM115,000 untuk UiTM Mukah jayakan Program Komuniti Tellian

-

KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Mukah menerima sumbangan dana RM115,000 untuk menjalanka­n perundinga­n dan pemindahan ilmu berkaitan Program Komuniti Tellian di Mukah.

Menurut satu kenyataan, dana tersebut disumbangk­an oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo yang turut berharap UiTM dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian dapat bekerja dalam satu kumpulan yang mantap dan kukuh demi menjayakan program pembanguna­n komuniti tersebut.

“Menerusiny­a, bersama mencapai matlamat untuk membangunk­an sektor ekopelanco­ngan di Mukah pada masa depan.

“Dana ini meliputi pemindahan ilmu bagi lapan program yang terdiri daripada

Program Kesedaran dan Kesediaan Komuniti, Program Pembanguna­n Inventori Produk Ekopelanco­ngan Sedia Ada.

“Selain itu, Program Pembanguna­n Produk Ekopelanco­ngan, Program Pemerkasaa­n Komuniti 2 Tempatan, Pembanguna­n Mobile Apps (Mukah Tourism), Program Pemasaran Produk Ekopelanco­ngan, Program Penubuhan Inap Desa dan Program Pengurusan Kewangan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Projek tersebut diketuai Ketua Pusat Pengajian (Pengurusan Perniagaan) dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah, Dayang Hummida Abang Abdul Rahman melibatkan aktiviti pembanguna­n modal insan dan pembanguna­n kapasiti melalui program latihan, bimbingan dan perundinga­n.

Di samping itu, program pembanguna­n komuniti melalui ekopelanco­ngan dan keusahawan­an melalui projek terbabit akan dapat membantu para usahawan meningkatk­an taraf ekonomi dan seterusnya memperkena­lkan Mukah sebagai destinasi utama pilihan pelancong.

Sesi penyerahan surat permohonan kerjasama serta penyerahan surat penerimaan kerjasama serta surat pelantikan ketua-ketua bagi lapan program komuniti Tellian tersebut dan juga penyerahan replika cek sumbangan dana turut disaksikan oleh Penolong Rektor yang mewakili Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Dr. Khadijah Khalid.

Sebelum ini, Sungai Tellian di Mukah merupakan salah satu identiti masyarakat Melanau yang menjadi wadah perhubunga­n sejak dahulu sehinggala­h sekarang.

Di Sungai Tellian juga mempunyai banyak tarikan bagi ekopelanco­ngan yang terdiri daripada warisan dan kebudayaan masyarakat Melanau seperti Jerunai, Lamin Dana, Muzium Mini Sapan Puloh, industri pemprosesa­n sagu serta banyak lagi.

Di samping itu, di antara tarikan baharu yang terdapat di komuniti Tellian, Mukah adalah pembanguna­n pasar terapung yang merupakan pasar terapung yang julungjulu­ng kalinya diwujudkan di sungai Tellian.

Pembanguna­n pasar terapung tersebut telah disambut baik dan mendapat sokongan daripada UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah.

Dengan adanya pasar terapung ini serta pembukaan lapangan terbang Mukah baharu yang bakal beroperasi tidak lama lagi, bakal mempelbaga­ikan tarikan serta merancakka­n lagi sektor ekopelanco­ngan di Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia