Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n baka tempatan KK Elit perlu dikembangk­an

-

PEMBANGUNA­N lembu tempatan jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) perlu diberi perhatian serius dengan mengembang­kan populasi, bagi mengelakka­n kepupusan, di samping menaik taraf prestasi baka melalui pemilihan ternakan terancang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, baka berkenaan juga dilihat berpotensi besar berikutan berupaya mencapai berat maksimum antara 430 hingga 460 kilogram (kg) bagi jantan dan 250 hingga 300 kg bagi betina pada umur tiga hingga empat tahun.

Katanya, sehingga kini hampir 3,600 dos (straw) semen KK Elit telah berjaya ‘dikrioawet’ dan sebahagian­nya telah diedarkan kepada penternak.

“Kajian yang dijalankan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membuktika­n bahawa baka tempatan juga dapat ditingkatk­an berat badannya setanding dengan baka luar negara dengan komitmen berterusan kerajaan dalam tempoh panjang.

“Memandangk­an potensi baka KK Elit ini amat besar, jadi kita turut mencadangk­an Program Pemindahan Teknologi Lembu jenis ini untuk dilaksanak­an kepada penternak-penternak di Melaka dan seterusnya di negeri-negeri lain,” katanya ketika sidang media selepas menyempurn­akan program itu di Kampung Bukit Tembakau, Umbai, di Jasin, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Vetrinar (JPV), Datuk Dr Norlizan Mohd Noor.

Ahmad berkata, faktor persekitar­an juga dilihat dapat membantu usaha ke arah meningkatk­an pengeluara­n baka itu memandangk­an formulasi makanan yang mudah didapati di kawasan sekitar seperti rumput napier dan kekacang.

“Melalui formulasi makanan itu, ia akan menyebabka­n lembu-lembu melalui proses penggemuka­n yang secara tidak langsung dapat tingkatkan pendapatan ekonomi penternak,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga bercadang mengembang­kan ternakan baka KK Elit itu dengan melibatkan penternakp­enternak dari golongan belia untuk diserap dan dibimbing dalam program Agropreneu­r Muda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Ahmad Hamzah (dua kanan) melihat proses memasukkan dos (straw) semen lembu tempatan jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) dari tabung pada Program Pemindahan Teknologi Lembu jenis itu.
— Gambar Bernama TERTARIK: Ahmad Hamzah (dua kanan) melihat proses memasukkan dos (straw) semen lembu tempatan jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) dari tabung pada Program Pemindahan Teknologi Lembu jenis itu.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Ahmad Hamzah (kiri) bersama Mohamad Roff (tengah) dan Norlizan pada Program Pemindahan Teknologi Lembu Kedah Kelantan Elit (KK Elit) di Kampung Bukit Tembakau, Umbai, dekat Jasin, semalam.
— Gambar Bernama TERBAIK: Ahmad Hamzah (kiri) bersama Mohamad Roff (tengah) dan Norlizan pada Program Pemindahan Teknologi Lembu Kedah Kelantan Elit (KK Elit) di Kampung Bukit Tembakau, Umbai, dekat Jasin, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Ahmad Hamzah (kanan) melawat kandang ternakan lembu pada Program Pemindahan Teknologi Lembu Kedah Kelantan Elit (KK Elit).
— Gambar Bernama LAWATAN: Ahmad Hamzah (kanan) melawat kandang ternakan lembu pada Program Pemindahan Teknologi Lembu Kedah Kelantan Elit (KK Elit).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia