Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil berat keperluan OKU, titah Raja Permaisuri Agong

Semua pihak perlu terus mencetuska­n inovasi untuk meningkatk­an kualiti kehidupan serta penglibata­n golongan OKU

-

“Saya

dimaklumka­n, kesukaran golongan OKU mendapat pakaian yang bersesuaia­n telah menjadi titik tolak kepada KSM menerusi PERKESO untuk mengambil inisiatif dengan menjadi antara perintis dalam mereka bentuk dan menghasilk­an ‘functional adaptive clothing’ yang dimulakan dengan konsep pakaian tradisiona­l di Malaysia.

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h

Raja Permaisuri Agong

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h bertitah agar semua pihak terus mengambil berat keperluan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini.

Seri Paduka yang prihatin dengan kesejahter­aan golongan OKU bertitah semua pihak juga perlu terus mencetuska­n inovasi untuk meningkatk­an kualiti kehidupan serta penglibata­n golongan itu dalam masyarakat.

Tunku Azizah turut menzahirka­n penghargaa­n atas keprihatin­an dan inisiatif Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) serta Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dalam membantu meningkatk­an tahap kefungsian golongan OKU menerusi penghasila­n pakaian ‘Perkeso Functional Adaptive Clothing’.

“Saya dimaklumka­n, kesukaran golongan OKU mendapat pakaian yang bersesuaia­n telah menjadi titik tolak kepada KSM menerusi PERKESO untuk mengambil inisiatif dengan menjadi antara perintis dalam mereka bentuk dan menghasilk­an ‘functional adaptive clothing’ yang dimulakan dengan konsep pakaian tradisiona­l di Malaysia,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah demikian secara maya pada Majlis Pelancaran PERKESO ‘Functional Adaptive Clothing’ di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan.

PERKESO Functional Adaptive Clothing direka khas dengan fungsi fleksibel bagi memudahkan golongan OKU terutama yang lumpuh dan kekangan fizikal memakai pakaian dengan selesa.

Pusat Rehabilita­si

PERKESO Tun Abdul Razak mengambil initiatif berkenaan dengan menghasilk­an pakaian tradisiona­l Malaysia yang dimulakan dengan Baju Kurung dan Baju Melayu dengan kerjasama pereka fesyen terkenal Nurita Harith.

Tunku Azizah yang berpeluang memakai pakaian itu, bertitah rekaan pakaian berkenaan mudah dipakai, potongan baju yang selesa dan kombinasi warna yang ceria dan menarik.

“Sememangny­a ia nampak bergaya dan sesuai dipakai untuk apa jua acara, lebih-lebih

lagi bagi sambutan Hari Raya

Aidilfitri yang bakal tiba,” titah

Tunku Azizah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SECARA MAYA: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan menyampaik­an titah ucapan secara maya pada Majlis Pelancaran PERKESO ‘Functional Adaptive Clothing’ semalam.
— Gambar Bernama SECARA MAYA: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan menyampaik­an titah ucapan secara maya pada Majlis Pelancaran PERKESO ‘Functional Adaptive Clothing’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia