Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan untuk Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2021 kini dibuka

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2021 kini telah dibuka pada pelajarpel­ajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutka­n pelajaran di universiti.

BTAR 2021 ini ditawarkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) kini dibuka kepada semua rakyat Malaysia sehingga 12 April depan.

Pemegang amanah YTAR, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, permohonan terbuka kepada mereka yang ingin atau sedang melanjutka­n pengajian ijazah sarjana muda di universiti tempatan awam atau swasta dalam pelbagai bidang.

“Tawaran permohonan itu adalah seiring dengan usaha YTAR untuk terus mencari pelajar berpotensi.”

“Kami komited memperkasa­kan pelajar-pelajar yang berasal dari latar belakang berpendapa­tan rendah untuk mencapai impian dan citacita mereka,” katanya.

Sejak 2007, YTAR telah menganuger­ahkan biasiswa kepada lebih 300 pelajar yang melanjutka­n pengajian ijazah sarjana muda mereka di universiti tempatan awam dan swasta di bawah BTAR sebagai Tunku Scholars.

Pemegang Amanah YTAR yang juga cucu Tunku, Datin Seri Sharifah Menyalara Hussein berkata, program pembanguna­n kepimpinan selama dua tahun itu dirancang untuk membantu penerima biasiswa dalam perjalanan mereka untuk muncul sebagai pembangun negara.

“Para penerima biasiswa akan mendapat sokongan dan bimbingan di setiap langkah dalam perjalanan mereka,”

“Dari asas membina kepimpinan diri mereka sendiri, aspirasi kerjaya peribadi mereka sehinggala­h mencapai cita-cita mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia,” katanya.

Mereka yang berminat untuk memohon BTAR atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha YTAR itu boleh melayari laman web www.yayasantar.org.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia