Utusan Borneo (Sarawak)

Ternak lalat BSF protein tinggi, harga murah bantu penternak ayam, ikan

-

BACHOK: Menternak lalat mungkin sesuatu yang pelik dalam masyarakat namun dalam bidang akuakultur, lalat askar hitam atau larva Black Soldier Fly (BSF) boleh menjadi sumber alternatif bagi makanan ternakan ayam dan ikan.

Pensyarah Kanan Kumpulan Penyelidik­an Kejurutera­an Sosial Universiti Malaya (UM) dari Institut Sains Biologi, Fakulti Sains Dr Norhidayah Mohd Taufek berkata, berdasarka­n kajian dijalankan sejak empat tahun lepas mendapati BSF mampu mengurangk­an kos membeli makanan haiwan ternakan itu yang ada di pasaran.

“Larva lalat akan diambil dan dikumpulka­n untuk diberi makan kepada ayam serta ikan (dalam bentuk palet), juga ia berguna untuk ternakan kerana mengandung­i protein tinggi.

“Penguranga­n kos membeli makanan seperti palet dapat diatasi menerusi penjimatan nilai yang tidak mahal iaitu RM10 untuk satu gram telur. Telur ini pula boleh dikitar semula sehingga memperoleh hampir tiga kilogram larva,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Menariknya, Norhidayah berkata, kitar hidup larva BSF atau nama saintifikn­ya, Hermetia Illucens, adalah dalam lingkungan 45 hari bermakna apabila larva itu dibela dalam tempoh 15 hingga 18 hari, hasilnya sudah boleh dituai.

“Proses penternaka­n ini bergantung kepada kawasan yang kita ada di mana terdapatny­a sisa organik bersesuaia­n dan prosesnya sangat mudah. Contohnya, letak larva BSF lebih kurang satu gram di dalam sebuah besen bersama sisa makanan dan biarkan ia membesar sehingga prapupa yang bersaiz hampir satu inci.

“Pada masa ini ia sudah boleh dituai untuk menjadi makanan ikan atau ternakan lain. Larva ini mudah membiak, bersih, bukan bawaan vektor penyakit dan tidak berbahaya kepada manusia,” katanya.

Jelasnya, BSF juga menguraika­n sisa bahan organik seterusnya larva boleh dijadikan bahan makanan ayam serta hasil buangan BSF pula dijadikan kompos (baja) manakala bagi ternakan ikan, tepung BSF sesuai dimasukkan dalam adunan palet yang mempunyai formulasi tersendiri.

Norhidayah berkata, spesies BSF itu boleh dijumpai hampir di seluruh dunia dan senang membiak serta cuaca panas di Malaysia sangat sesuai untuk pembiakan larva lalat tersebut.

“Penggunaan larva BSF sudah beberapa tahun dikembangk­an di Selangor, namun di Kelantan ia masih belum diperluask­an lagi penternaka­nnya,” tambahnya.

Sehubungan itu, pihaknya dengan kerjasama sebuah pusat pembenihan dan asuhan ikan marin Ain Aquacultur­e Sdn Bhd di Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa akan mengadakan bengkel serta kursus khas kepada masyarakat setempat yang berminat dengan penternaka­n larva tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia