Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan ditembak mati di luar rumah di Athens

Menurut polis, tragedi ini suatu kejutan di sebuah negara yang tidak biasa dengan pembunuhan media

-

ATHENS: Seorang wartawan jenayah veteran Greek telah ditembak mati di luar rumahnya di Athens kelmarin, menurut polis, memberikan kejutan di sebuah negara yang tidak biasa dengan pembunuhan media.

“Pembunuh telah mengejutka­n kita semua,” jurucakap kerajaan Aristoteli­a Peloni berkata dalam satu kenyataan.

“Pihak berkuasa telah menyiasat kes itu,” tambah beliau.

Giorgos Karaivaz, yang bertugas untuk stesen TV swasta Star dan turut menjalanka­n blog berita bloko. gr, telah ditembak beberapa kali ketika beliau keluar dari keretanya di luar rumahnya di selatan Athens di daerah Alimos, menurut beberapa saksi.

“Saya cuba untuk meletakkan kereta saya di mana beliau terbaring. Saya fikir seseorang telah pengsan. Beliau terbaring dengan mukanya ke bawah… darah telah mengalir di atas laluan tepi,” seorang wanita yang tinggal di kawasan kejiranan memberitah­u wartawan.

Jambangan bunga telah ditinggalk­an kelmarin di tempat kejadian di mana wartawan yang dibunuh itu jatuh.

“Saya berasa sangat terkejut berikutan laporan bahawa wartawan Giorgos Karaivaz telah ditembak mati di Athens," timbalan presiden bagi jawatankua­sa EU yang bertanggun­gjawab bagi nilainilai dan ketelusan, Vera Jourova, berkata dalam satu ciapan.

“Ingatan saya adalah bersama dengan keluarga dan rakan sekerjanya. Keadilan harus dilaksanak­an, dan keselamata­n wartawan haruslah dijamin,” tambah beliau.

Seorang sumber polis menyatakan wartawan tersebut, yang berusia lima puluhan, telah ditembak oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal. Sebanyak 17 kelongsong peluru telah ditemui dari tempat kejadian.

“Pengasas dan pemilik bloko.gr tiada lagi bersama dengan kita,” menurut blog Karaivaz.

“Seseorang telah memilih untuk mendiamkan dia, untuk menghalang beliau dengan peluru daripada menulis kisahnya,” jelasnya.

"6,099 wartawan akan berusaha untuk mengetahui apa yang telah berlaku,” menurut Maria

Antoniadou, ketua bagi kesatuan E si e a untuk wartawan akhbar harian Athens.

Karaivaz, yang merupakan salah seorang dari pemberonta­k jenayahj terkenal dan lama berkhidmat di Greece, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 21 tahun.

“Beliau adalah sangat bijak dan salah seorang dari beberapa wartawan penentang dalam bidang tersebut,” kata seorang anggota polis yang mengenali Karaivaz dengan baik, bercakap dengan syarat dirahsiaka­n.

“Saya malah tidak mampu memproses maklumat ini. Saya telah mengenali lelaki ini selama 32 tahun,” rakan wartawan Star TV jVaios Syrros menyatakan ketika berita iotu ditunjukka­n pada tengah hari di stesen berkenaan.

Ketika pejabat media Greek telah sering kali menjadi sasaran dalam serangan bom api dan vandalisme, pembunuhan wartawan adalah jarang berlaku di Greece.

Beberapa wartawan meminta perlindung­an daripada polis selepas menerima ugutan, namun Karaivaz tidak dikawal.

“Ia adalah gaya beliau untuk meminta perlindung­an,” pegawai polis memberitah­u AFP.

Kejadian tembakan berlaku pada satu masa ketika pihak berkuasa G r e e k telah menerima kritikan kerana menempatka­n terlalu banyak kawalan polis bagi seorang pengacara TV kontrovers­i.

Beberapa jam sebelum pembunuhan Karaivaz, Menteri Perlindung­an Rakyat Michalis Chrysohoid­is telah mencadangk­an di parlimen bahawa sistem perlindung­an negara telah dieksploit­asi oleh ‘pengganggu suasana umum’ yang tidak layak untuknya.

“Sejak 20 tahun lepas, setiap menteri (polis) telah cuba untuk mengambil balik anggotanya dari ‘tugas VIP” dan menempatka­n mereka semula di barisan hadapan,” kata menteri tersebut.

Pada Julai, pemilik akhbar tabloid Stefanos Chios terselamat selepas ditembak di bahagian leher dan dada oleh seorang lelaki yang memakai hud kepala di luar kediamanny­a.

Kes tersebut masih lagi dalam siasatan.

Pada 2010, pengurus radio, penulis blog dan wartawan siasatan Socratis Giolias telah ditembak mati di luar rumahnya.

Pada masa itu, TV NET negara menyatakan beliau telah bertugas bagi sebuah cerita mengenai korupsi.

Sebuah kumpulan bayangan haluan kiri mengaku bertanggun­gjawab bagi jenayah itu, namun kes itu tidak pernah diselesaik­an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia