Utusan Borneo (Sarawak)

12 mayat tanpa kepala bergelimpa­ngan di depan sebuah hotel dalam serangan jihad

-

MAPUTO: Sebanyak 12 mayat yang dicacatkan telah ditemui selepas satu serbuan pejuang jihad ke atas pekan Palma di utara Mozambique pada bulan lepas, bergelimpa­ngan di depan sebuah hotel di mana beberapa orang telah mendapatka­n perlindung­an, menurut satu sumber tentera dan keselamata­n persendiri­an.

“Terdapat 12 mayat, mereka semua telah dipenggal kepala, salah seorang dari pegawai saya ada di sana,” Lionel Dyck, pemilik syarikat keselamata­n persendiri­an Dyck Advisory Group, mendapat kontrak bagi Mozambique menentang pengganas, memberitah­u AFP kelmarin.

Militan yang dikaitkan dengan Islamic State melancarka­n serangan tersasar ke atas Palma pada 24 Mac, menggeleda­h beberapa buah bangunan dan membunuh penduduk ketika ribuan orang melarikan diri ke hutan berhampira­n.

Hampir 200 orang, kebanyakan kakitangan awam dan rakyat asing bekerja untuk satu projek gas berhampira­n, berlindung di Hotel Amarula Palma di tepi pantai selama beberapa hari.

Penemuan yang mengerikan­itu,padamulany­a dilaporkan oleh televisyen negara Mozambique TVM pada Rabu lepas, kemudian turut disahkan oleh komander tentera Chongo Vidigal.

Vidigal, ketua operasi yang mendapat kawalan ke atas Palma, memberitah­u TVM pada Khamis lepas bahawa satu pasukan forensik akan dihantar untuk mencari dan mengenal pasti mangsa.

“Kerja sedang dilakukan mengenai perkara ini, namun saya tidak mengetahui bila pasukan forensik akan sampai,” menurut Chongo.

Serangan di Palma menambahka­n satu keganasan kejam yang telah mencetuska­n kacau-bilau di sekitar wilayah yang kaya dengan minyak, Cabo Delgado di Mozambique sejak 2017.

Keganasan telah meragut lebih 2,600 nyawa dan memaksa lebih 750,000 orang meninggalk­an rumah mereka, berdasarka­n kepada anggaran.

Beberapa orang telah terkorban dalam serangan terkini, menurut laporan kerajaan sementara, termasuk seorang rakyat British dan seorang dari Afrika Selatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia