Utusan Borneo (Sarawak)

Waspada tawaran luar biasa kedai emas

Pengguna perlu bijak melindungi diri mereka daripada urus niaga yang merugikan

-

ALOR SETAR: Pengguna dinasihatk­an supaya berhati-hati dan sentiasa peka ketika membuat pembelian barangan kemas serta tidak mudah terperdaya dengan promosi kedai-kedai emas terutama jika harga yang ditawarkan di luar daripada kebiasaan. Pengarah Penguat Kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata, walaupun ada undang-undang jelas bagi membantera­s penipuan, namun pengguna sendiri perlu bijak melindungi diri mereka daripada urus niaga yang merugikan.

“Apabila hendak membeli emas, pengguna perlu membuat pilihan membeli di tempat yang betul, jangan tertarik dengan harga di luar

Jadi kita nak nasihatkan pengguna yang hendak memiliki emas, terutama secara dalam talian juga kena tengok penjual itu mestilah yang berdaftar dan dipercayai, tetapi saya menasihatk­an pengguna untuk bijak membuat penilaian

” sebelum membuat pembelian.

Azman Adam

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP

daripada kebiasaan sebab kemungkina­n ada unsur-unsur yang tidak betul di situ.

“Jadi kita nak nasihatkan pengguna yang hendak memiliki emas, terutama secara dalam talian juga kena tengok penjual itu mestilah yang berdaftar dan dipercayai, tetapi saya menasihatk­an pengguna untuk bijak membuat penilaian sebelum membuat pembelian,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis sambutan Hari Pengguna Kebangsaan peringkat negeri Kedah 2021 dan kempen pembudayaa­n norma baharu COVID-19 di pasarpasar utama yang dirasmikan

Menteri KPDNHEP Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Azman berkata, pihaknya telah menerima lapan aduan daripada pengguna pada tahun ini berkaitan harga emas yang mengeliruk­an oleh peniaga. — Beernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Alexander Nanta (tengah) menyampaik­an pelekat prosedur operasi standard (SOP) kepada peniaga Pekan Rabu pada majlis perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Alexander Nanta (tengah) menyampaik­an pelekat prosedur operasi standard (SOP) kepada peniaga Pekan Rabu pada majlis perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia