Utusan Borneo (Sarawak)

Harga air kosong lebih RM1: KPDNHEP keluarkan 84 notis di seluruh negara

-

KUALA TERENGGANU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluark­an sebanyak 84 notis terhadap peniaga premis makanan dan minuman di seluruh negara yang menjual air kosong pada harga melebihi RM1.

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, kesemua notis tersebut dikeluarka­n melalui Ops Catut 8.0 (air kosong) yang dijalankan sejak Rabu lepas susulan rungutan orang ramai yang mahukan agar kementeria­n memantau perkara berkenaan.

“Operasi ini akan berjalan sehingga 15 April oleh pasukan penguat kuasa di seluruh negara. Berdasarka­n notis yang dikeluarka­n itu, kita dapati banyak juga berlaku kes jualan air kosong lebih daripada RM1.

“Ini tidak sepatutnya berlaku...mungkin harga yang sesuai adalah antara RM0.20 atau RM0.30 sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan

Program Jelajah Franchise Bay Peringkat Negeri Terengganu di sini semalam.

Daripada 84 notis itu, Kelantan merekodkan jumlah tertinggi iaitu 14 diikuti Selangor (12), Sabah (lapan), Sarawak (lapan), Johor (lapan), Pahang (tujuh), Terengganu (enam), Kuala Lumpur (lima), Melaka (empat), Wilayah Persekutua­n Labuan (tiga), Pulau Pinang (tiga), Perlis (dua), Perak (dua) dan Negeri Sembilan (dua).

Peniaga yang diberi notis itu akan diberi masa dua hingga lima hari (hari bekerja) untuk memberi maklumat diperlukan KPDNHEP sebelum tindakan lanjut diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu berkata, KPDNHEP juga sedang memantau aktiviti jualan motosikal yang dikatakan menyukarka­n pelanggan membeli secara tunai dipercayai berlaku di sekitar Lembah Klang.

“Baru-baru ini saya ada dapat aduan pelanggan yang mengatakan mereka sukar membeli motosikal secara tunai kerana penjual lebih gemar pelanggan membeli secara ansuran.

“Sekiranya ada laporan yang mendapati peniaga menekan pelanggan, KPDNHEP boleh siasat. Mungkin ada kesalahan boleh dikenakan tindakan terutama jika peniaga menetapkan harga berbeza bagi pembelian motosikal secara tunai atau ansuran bulanan,” katanya.

Tambahnya, selain menjauhi rakyat daripada bebanan hutang, beliau juga tidak mahu mereka terkena riba.

“Saya yakin mungkin ada pakatan antara syarikat motor dengan ‘finance company’... bayangkan kalau lima peratus atau lapan peratus caj faedah selama lima tahun, berapa banyak yang dia akan dapat (berbanding pembelian secara tunai)...jika ada dua harga berbeza mengikut cara pembelian, ini adalah salah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia