Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 gagal patuhi SOP

-

SEPANG: Penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 kerana didapati gagal memastikan penjarakan fizikal ketika menganjurk­an perlumbaan drag di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman yang mengesahka­n perkara itu semalam berkata, penganjur telah mendapatka­n permit bagi melaksanak­an acara itu di litar berkenaan, namun gagal memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kami kompaun penganjur kerana gagal mengawal peserta, melaksanak­an penjarakan fizikal dalam pematuhan SOP,” katanya ketika dihubungi susulan tular satu video memaparkan sebuah kenderaan polis hadir ke litar berkenaan bagi menyuraika­n peserta yang hadir ke acara itu.

Mengulas video berkenaan, Imran berkata pihak polis telah diminta hadir menyuraika­n peserta yang enggan bersurai meskipun acara telah selesai.

“Selepas polis sampai orang ramai memberikan kerjasama dan bersurai dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya yang menurutnya kenderaan polis tiba di litar pada kira-kira jam 9 malam.

Penganjur program berkenaan, MUSC Motorsport­s menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook turut mengesahka­n yang mereka telah dikompaun kerana gagal melaksanak­an acara tersebut dalam ketetapan norma baharu.

“Kegagalan kami mengawal penjarakan sosial mengakibat­kan beberapa kali acara ini terhenti sehingga akhirnya kami terpaksa akur dikenakan kompaun.

“Justeru, kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat tanpa kami menyalahka­n manamana pihak sama ada agensi penguat kuasa, penyedia litar iaitu SIC, rakan-rakan program, pasukan drag, pengunjung dan semua pengikut Musc Drag Racing,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia