Utusan Borneo (Sarawak)

1,502 permohonan gantian MyKad diterima

Menerusi MEKAR melalui pasukan Mobile Ehsan JPN Pahang bermula 2018 sehingga kini

-

Sehingga Mac tahun ini, hanya 18 program dan 58 permohonan gantian MyKad yang dilakukan di negeri ini dan ia tidak dapat dielakkan berikutan wabak

” COVID-19 yang masih melanda negara.

TEMERLOH: Sebanyak 1,502 permohonan gantian MyKad telah diterima menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) melalui pasukan Mobile Ehsan Jabatan Pendaftara­n Negeri (JPN) Pahang bermula 2018 sehingga kini.

Bagaimanap­un, pelaksanaa­n program dan permohonan gantian MyKad sedikit terjejas sejak tahun lepas susulan pandemik COVID19, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri 1 Datuk Seri

Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said

Timbalan Menteri Dalam Negeri 1

Dr Ismail Mohamed Said.

“Sehingga Mac tahun ini, hanya 18 program dan 58 permohonan gantian MyKad yang dilakukan di negeri ini dan ia tidak dapat dielakkan berikutan wabak COVID-19 yang masih melanda negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan MyKad di Kampung Paya Sendayan di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Pendaftara­n Negara Datuk Saadon Othman dan Pengarah Pendaftara­n Negara Negeri Pahang Juzilawati Kamarudin.

Ismail berkata, pelaksanaa­n program MEKAR dijangka menjadi lebih baik dengan pelancaran Bas Mobile generasi baharu yang bakal beroperasi 1 Mei depan.

“Penambahan Bas Mobile ini akan memperkasa­kan lagi program turun padang JPN bagi membantu rakyat di kawasan pedalaman untuk mendapatka­n dokumen penting seperti MyKad, sijil lahir dan khidmat nasihat JPN.

“Selain itu, ia menyasarka­n untuk membantu rakyat antaranya mengeluark­an dokumenMyK­adkepadaan­ggota tentera dan polis yang berada di kem latihan tanpa perlu hadir ke kaunter JPN,” katanya.

Terdahulu, Ismail menyerahka­n MyKad gantian baharu kepada 15 Orang Asli yang menetap di Kampung Paya Sendayan, di sini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHARU: Dua penduduk Orang Asli Limah Ibrahim, 67, (kanan) dan Taha Jaafar, 65, menunjukka­n MyKad gantian yang diterima pada Majlis Program MEKAR JPN bersama Ismail di Kampung Orang Asli Paya Sendayan di Temerloh, semalam.
— Gambar Bernama BAHARU: Dua penduduk Orang Asli Limah Ibrahim, 67, (kanan) dan Taha Jaafar, 65, menunjukka­n MyKad gantian yang diterima pada Majlis Program MEKAR JPN bersama Ismail di Kampung Orang Asli Paya Sendayan di Temerloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia