Utusan Borneo (Sarawak)

375,260 individu sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Seramai 375,260 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin mereka setakat kelmarin.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama 565,940 telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 941,200.

Dr Adham menerusi satu infografik yang dikongsika­n di laman Twitter rasminya memaklumka­n lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 76,273, diikuti Sarawak (57,682), Sabah (53,859), Perak (52,639) dan Kuala Lumpur (52,110).

Sementara itu, lima negeri yang melengkapk­an keduadua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 51,383 individu diikuti Sabah (40,162), Perak (37,884), Kuala Lumpur (33,603) dan Sarawak (30,014).

Bagi jumlah pendaftara­n untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pula, Dr Adham memaklumka­n setakat semalam seramai 8,378,754 atau 34.50 peratus telah mendaftar, dengan

Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2,250,428.

Mengikut perancanga­n program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaa­n fasa pertama pemberian vaksin bermula Februari hingga April ini melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini, membabitka­n 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya manakala fasa ketiga dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 membabitka­n individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran 13.7 juta orang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRHATIN: Ismail (kiri) menyampaik­an sumbangan barangan makanan kepada Tok Batin, Rasib Ali, 72, semasa menziarahi keluarga berkenaan sempena Majlis Program MEKAR JPN di Kampung Orang Asli Paya Sendayan di Temerloh, semalam.
— Gambar Bernama PRHATIN: Ismail (kiri) menyampaik­an sumbangan barangan makanan kepada Tok Batin, Rasib Ali, 72, semasa menziarahi keluarga berkenaan sempena Majlis Program MEKAR JPN di Kampung Orang Asli Paya Sendayan di Temerloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia