Utusan Borneo (Sarawak)

Traore ledak gol kemenangan minit akhir

Jaringan tunggal itu bantu pasukannya Wolves tundukkan Fulham 1-0 dalam aksi EPL

-

LONDON: Adama Traore meledakkan gol jaringan masa kecederaan menyaksika­n Wolves menewaskan Fulham 1-0 di Craven Cottage pada Jumaat dan menghantar pasukan London itu lebih dekat dengan zon penyingkir­an dalam Liga Perdana.

Dalam masa tambahan, Traore mara ke sudut kiri sebelum merembat masuk untuk mengikat kemenangan pertama pasukannya sejak Februari. Sungguhpun begitu, jurulatih Fulham, Scott Parker menegaskan pasukannya masih boleh bangkit dari kejatuhan itu.

“Kami berada di posisi ini, namun kami mempunyai peluang untuk bersaing kerana

kamu boleh

meli- hat pada penghujung permainan, pasukan dan sekumpulan pemain yang terdesak,” katanya.

“Kami akan berusaha, dalam keperitan, kesakitan namun kamu perlu sentiasa bangkit dan menentang, itulah yang akan kami lakukan.”

Bagi Traore, ia petang yang terpahat dalam ingatan memandangk­an itu ialah gol pertamanya dalam Liga Perdana sejak Disember 2019.

“Saya sangat gembira. Kami memerlukan gol itu, keadaan telah menjadi sukar buat kami,” kata pemain Sepanyol itu.

“Saya bekerja keras sepanjang minggu ini, mencuba untuk mengejar antara permainan.

“Jika saya dapat membantu pasukan untuk yang terbaik saya akan melakukann­ya. Saya percayakan kualiti diri sendiri.”

Pemain penyerang Wolves Willian Jose mendapati cubaannya gol pertamanya untuk kelab itu gagal apabila tandukanny­a dalam masa kecederaan separuh masa pertama telah dinafikan kerana ofsaid oleh Daniel Podence selepas merujuk video bantuan pengadil (VAR).

Fulham telah kalah empat permainan liga sebelum ini namun kemenangan terbaru yang mengejutka­n ke atas Liverpool di Anfield pada 7 Mac.

Mereka kekal pasukan ketiga tercorot, tiga mata di belakang Newcastle yang bermain kurang dua perlawanan daripada mereka.

Wolves di tempat ke-12 dan selamat dalam Liga Perdana untuk musim ini. — AFP

“pasukan

Jika saya dapat membantu

untuk yang terbaik saya akan melakukann­ya. Saya percayakan kualiti diri

sendiri.

Adama Traore

Pemain Wolverhamp­ton Wanderers

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan EPL di antara Fulham dan Wolves di Craven Cottage, London.
— Gambar AFP SENGIT: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan EPL di antara Fulham dan Wolves di Craven Cottage, London.
 ??  ?? TRAORE
TRAORE
 ?? — Gambar AFP ?? CEKAP: Aksi Traore, (kiri) pada perlawanan itu.
— Gambar AFP CEKAP: Aksi Traore, (kiri) pada perlawanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia