Utusan Borneo (Sarawak)

De Rossi dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19

-

MILAN: Bekas pemenang Piala Dunia, Daniele De Rossi, kini ahli jurulatih Itali, telah dimasukkan ke hospital di Rome kerana menghidapi COVID-19, menurut beberapa laporan media pada Jumaat.

Bekas kapten pasukan Roma berusia 37 tahun itu merupakan salah seorang daripada empat orang kumpulan Itali yang dijangkiti dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 baru-baru ini, yang juga merebak kepada lapan orang pemain.

Selepas seminggu, keadaan De Rossi dengan demam dan batuk berterusan memerlukan ujian lebih mendalam yang mengesahka­n pneumonia, lapor Gazzetta Dello Sport dan Sky Sport.

Bekas pemain tengah Itali itu telah mengambil langkah berjaga-jaga namun dimasukkan ke hospital sejak Khamis di hospital Spallanzan­i Rome yang pakar dalam penyakit berjangkit.

Kumpulan ‘Azzurri’ itu telah mengalami gelombang jangkitan selepas permainan kelayakan Piala Dunia menentang Ireland Utara, Bulgaria dan Lithuania.

Pemain lain yang terkena jangkitan termasuk pasangan Juventus Federico Bernardesc­hi dan Leonardo Bonucci, pemain Atalanta Matteo Pessina, pemain Paris Saint-Germain Alessandro Florenzi dan Marco Verratti , pemain Freiburg Vincenzo Grifo dan penjaga gol Cagliari Alessio Cragno.

De Rossi menyertai kumpulan jurulatih pasukan kebangsaan pada 18 Mac sebagai salah seorang jurulatih teknikal Roberto Mancini sehingga tamat Euro 2020 musim panas ini, yang berlangsun­g daripada 11 Jun sehingga 11 Julai.

Beliau bermain selama 18 tahun buat Roma sebelum bersara pada Januari 2020 selepas menghabisk­an beberapa bulan di Argentina bersama

Boca Juniors.

De Rossi turun padang sebanyak 117 kali buat pasukan Azzurri dalam 2004-2017, memenangi Piala Dunia pada 2006 dan menyertai pasukan di tempat kedua dalam Euro 2012.

Beliau mengundur diri dari pasukan bola sepak kebangsaan selepas Itali gagal layak ke Piala Dunia 2018 dengan kekalahan kepada Sweden pada November 2017.

Sudah bermain tiga perlawanan Piala Dunia dan tiga kejohanan Eropah, beliau ialah pemain keempat terbanyak

Itali selepas Gianluigi

Buffon (176),

Fabio Cannavaro (136) dan

Paolo Maldini

(126). —

AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia