Utusan Borneo (Sarawak)

Barty tersingkir daripada Charleston WTA

-

MIAMI: Pemain nombor satu dunia Ashleigh Barty tersingkir daripada pusingan suku akhir Charleston WTA pada Jumaat, ditewaskan dalam set berterusan oleh pemain ranking ke-71 Paula Badosa.

Badosa menghantar tujuh ace, tiga kali melebihi Barty, dan menyelamat­kan 12 daripada 14 mata pendahulu dalam kemenangan 6-4, 6-3 itu.

Ini merupakan kemenangan terbesar dalam karier Badosa, menyaksika­n pemain Sepanyol itu meraih kemenangan pertama kepada 20 teratas dan beliau menewaskan pilihan kelima Belinda Bencic dalam pusingan kedua.

“Saya masih agak terkedu,” akui Badosa, menambah apabila hantaran akhir Barty keluar gelanggang “Saya seperti, ‘Apa yang berlaku?’

“Tapi saya agak berbangga dengan permainan saya, dengan cara saya menangani gemuruh saya. Ia agak penting kerana kadang-kala perlawanan ini sukar untuk disudahkan.”

Memberi servis dalam set pembuka, Badosa ditundukka­n dengan 0-40 namun menang lima mata berterusan dan mengikat kemenangan dengan hantaran atas kepala.

Mereka bertukar mata pendahulu dalam dua perlawanan pertama dalam set kedua, Badosa berkelebih­an lagi dengan mendahului 4-3 dan beliau memenangi empat permainan terakhir peringkat itu.

Dalam separuh akhir Badosa akan berdepan dengan pemain Russia Veronika Kudermetov­a yang mengalahka­n Sloane Stephens dalam set berterusan 6-3, 6-4.

Badosa, bekas juara Terbuka Perancis junior, merupakan pemain ranking tercorot yang berjaya menundukka­n Barty sejak September 2019.

Dalam perlawanan lain, pemain kelahiran Tunisia Ons Jabeur mengatasi Coco Gauff dari Amerika 6-2, 7-6 (7/2) untuk mendapat slot ke separa akhir dan bertembung dengan Danka Kovinic, pemenang 67 (2/7), 7-5, 6-1 kepada Yulia Putintseva. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TANGKAS: Badosa membalas pukulan kepada Barty pada perlawanan di Charleston.
— Gambar AFP TANGKAS: Badosa membalas pukulan kepada Barty pada perlawanan di Charleston.
 ?? — Gambar AFP ?? AKUR: Barty tersingkir dari kejohanan selepas tewas di tangan Badosa.
— Gambar AFP AKUR: Barty tersingkir dari kejohanan selepas tewas di tangan Badosa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia