Utusan Borneo (Sarawak)

Dressel bersiap sedia untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020

-

LOS ANGELES: Caeleb Dressel tampil dengan dua kemenangan dan banyak penambahba­ikan perlu dibuat untuk hari kedua Siri Pro Swim di Mission Viejo, California, pada Jumaat dengan Olimpik Tokyo kini berada di ambang.

Dressel, telah menambah kemenangan dunia ke-13 beliau setelah memenangi dua pingat emas dalam perlawanan Olimpik Rio de Janeiro pada 2016, sedang bersiap sedia untuk menyertai beberapa acara dalam perlawanan Olimpik yang sudah tertangguh akibat pandemik itu.

Pemegang rekod dunia dan dua kali juara bertahan dunia dalam 100m kupu-kupu, Dressel membolot kemenangan dalam acara 100m fly dengan 51.61 saat, mengatasi Luis Martinez (51.77) untuk menambah kemenangan­nya dalam acara bebas 200m pada awalnya.

Sementara Dressel menggambar­kan fly 100m beliau sebagai “tidak berapa bagus,” beliau yakin masih terdapat banyak ruang untuk perubahan sebelum percubaan AS Olimpik di Omaha pada Jun.

“Saya rasa saya mengekalka­n teknik bersama dengan baik,” kata Dressel. “Ia tidak sangat menyakitka­n, dan merupakan suatu tanda bahawa saya harus membuatnya lebih sakit dan bergerak lebih pantas.”

Kemenangan berganda itu, walau bagaimanap­un, menjadikan­nya hari yang baik, kata Dressel.

“Ia tentang berlumba sekarang. Itulah perkara yang paling penting, bukan untuk mengejar masa,” ulasnya selepas memenangi acara bebas 200m dalam 1min 47.57saat.

Andrew Seliskar berada di tempat kedua dengan 1:47.69 dan Khader Baqlah di tempat ketiga dengan 1:47.93.

Dressel menyatakan beliau tidak mempunyai masalah untuk menyesuaik­an diri dalam perlawanan peringkat akhir dalam sesi pagi, untuk mimik jadual Tokyo yang mana format akan menjadi terbalik daripada kepanasan pagi dan pusingan akhir petang.

“Kamu akan terbiasa apabila matahari turun dan kamu berada dalam mod final, menyediaka­n minda dengan usaha 100%, kamu akan mengorbank­an badan kamu,” katanya, dan menambah kepada peralihan itu “tidak sangat berbeza atau aneh seperti saya jangkakan secara mental dan fizikal.

“Final ialah final dan ia tidak mengambil kira masa dalam hari tersebut,” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TINGKATKAN PRESTASI: Dressel semasa bersaing dalam acara 100 meter kupu-kupu pada kejohanan Siri Pro Swim di California.
— Gambar AFP TINGKATKAN PRESTASI: Dressel semasa bersaing dalam acara 100 meter kupu-kupu pada kejohanan Siri Pro Swim di California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia