Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan dijamin mencukupi bagi musim perayaan: JPV

Sejak awal tahun ini lagi pengimport mendapatka­n bekalan daging kerbau sejuk beku dari India, daging lembu New Zealand

-

Di samping itu kita juga ada jawatankua­sa yang memantau perkara ini dan insya-Allah keperluan daging mencukupi, serta dapat memenuhi keperluan pengguna bukan sahaja untuk bulan Ramadan dan Syawal, malah

” hingga dua bulan akan datang.

MELAKA: Bekalan daging, susu, ayam dan telur bagi keperluan orang ramai sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta Aidiladha nanti, dijamin mencukupi.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV), Datuk Dr Norlizan Mohd Noor yang memberikan jaminan itu berkata sejak awal tahun ini lagi banyak pengimport mendapatka­n bekalan daging kerbau sejuk beku dari India, di samping daging lembu dari Australia, New Zealand dan juga Pakistan.

Beliau berkata, pengimport­an daging lembu dan kerbau dari luar negara adalah penting kerana Malaysia masih bergantung harap kepada sumber berkenaan bagi menjamin bekalan, seterusnya memenuhi keperluan pengguna.

“Di samping itu kita juga ada jawatankua­sa yang memantau perkara ini dan insyaAllah keperluan daging mencukupi, serta dapat memenuhi keperluan pengguna bukan sahaja untuk bulan Ramadan dan Syawal, malah hingga dua bulan akan datang.

“Sebagai contoh ada juga dalam kalangan penternak yang telah menyediaka­n stok

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV)

bekalan lembu korban tiga hingga empat bulan lebih awal, jadi pengguna tidak perlu bimbang,” katanya kepada Bernama di sini.

Norlizan berkata, bagi jaminan bekalan daging, sebanyak 210,000 metrik tan lembu dan kerbau diperlukan negara setahun, namun negara hanya mampu menghasilk­an 46,000 tan metrik iaitu kira-kira 22 peratus pada tahun lepas daripada sumber ternakan dalam negara.

Beliau berkata, JPV telah merangka pelbagai program dan usaha bagi meningkatk­an pengeluara­n daging negara, antaranya ‘Beef Plan’ sejak 2019, selain menjalin kerjasama erat dengan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Terdapat empat aktiviti utama dijalankan bagi program ternakan iaitu, ternakan fidlot, penternaka­n integrasi seperti lembu baka tempatan Kedah-Kelantan Elit (KK Elit), ternakan konvesiona­l iaitu ternakan secara kecilkecil­an dan bebas kampung, dan sumbangan tenusu.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali pula memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memastikan bekalan keperluan harian penduduk Melaka sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan pengguna sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri.

Beliau berkata, pihaknya telah berbincang dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Melaka semalam mengenai perkata itu, dan meminta mereka meningkatk­an pemantauan di semua premis perniagaan sama ada di pasar dan bazar Ramadan, kedai runcit, pasar raya dan sebagainya, supaya tidak berlaku kenaikan harga terlalu tinggi pada bulan Ramadan ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat Pasar Tani Pra-Ramadan peringkat negeri ‘Jom Mantai Puasa’ 2021 bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Datuk Ghazale Muhamad dan Pengarah FAMA Melaka Mohd Azraie Ramli, di Pasar Tani Merlimau di sini semalam.

Sula iman berkata, Pasar Tani Pra-Ramadan itu diadakan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai membuat persiapan awal menyambut Ramadan di tujuh lokasi sekitar negeri ini bermula 4 hingga 11 April. — Bernama

Datuk Dr Norlizan Mohd Noor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia