Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi bazar Ramadan di Kelantan dibatalkan

-

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan membatalka­n pengoperas­ian bazar Ramadan di seluruh negeri berikutan peningkata­n serius kes COVID-19 di negeri berkenaan, kata Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin.

Dr Izani berkata, semua acara rasmi kerajaan negeri kecuali mesyuarat m e syarat penting turut dibatalkan sepanjang bulan Ramadan.

“Kita dapati kadar kebolehjan­gkitan (di Kelantan) telah naik kepada 1.12 dan ini menggambar­kan betapa seriusnya keadaan sekarang. Kita juga menjangkak­an kes tiga angka akan berterusan dan mungkin meningkat dalam tempoh seminggu akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Jawatankua­sa Kecil Keselamata­nNegeri( J K K N) yang dipengerus­ikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim di sini, semalam.

Dr Izani berkata, berikutan pembatalan program rasmi berkenaan, lokasi program Madinah Ramadan iaitu solat tarawih di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mungkin dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko rendah (PKRC).

Pada 29 Mac lepas, Dr Izani dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan membenarka­n pengoperas­ian bazar Ramadan di seluruh negeri berkenaan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, manakala program Madinah Ramadan dibenarkan namun hanya dengan 500 jemaah berbanding kapasiti asal 1,300 orang.

“Saya memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana semasa kes pada tahap dua angka kita membenarka­n bazar Ramadan dibuka, Madinah Ramadan, majlis berbuka, tadarus dan sebagainya.

“Namun, kerana kita jangka kes semakin serius maka kita terpaksa membatalka­n semua program terbabit termasuk program tilawah melibatkan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada malam ini (semalam). Malah, semua program kerajaan juga dibatalkan kecuali mesyuarat yang terlalu penting,” kata Dr Izani.

Kelantan mencatatka­n 171 kes positif COVID19 menjadikan jumlah kumulatif kes itu sebanyak 7,021 dengan merekodkan 21 kluster yang masih aktif, setakat kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia