Utusan Borneo (Sarawak)

PSG terus kejar rapat pendahulu Lille

-

PARIS: Gol Kylian Mbappe membantu Paris Saint Germain (PSG) menang 4-1 di Strasbourg pada Sabtu ketika anak buah Mauricio Pochettino kembali dengan kurang tiga mata di belakang pendahulu Ligue 1 Perancis, Lille.

Pablo Sarabia dan Moise Kean juga menjaringk­an gol dalam separuh masa pertama sebelum Leandro Paredes melengkapk­an jaringan dari satu tendangan percuma ketika PSG membuat persediaan untuk perlawanan suku akhir kedua menentang Bayern Munich.

Moise Sahi merapatkan kedudukan buat Strasbourg tetapi PSG bangkit dari kekalahan kepada Lille di tempat sendiri minggu lepas dan merapatkan jurang di belakang Lille, yang kekal di tangga teratas selepas menang 2-0 di Metz pada perlawanan hari Jumaat.

“Ia adalah kemenangan penting untuk kami kerana tiga mata ini meletakkan kami dalam saingan kejuaraan liga, tetapi ia bukan tentang tekanan atau berasa gemuruh,” kata Pochettino.

“Hari ini kami menunjukka­n saingan sebenar. Kami mahu lebih konsisten tetapi kami bersaing dalam tiga kejohanan besar. Pasukan menunjukka­n kepercayaa­n diri yang tinggi dan hari ini adalah perlawanan yang sangat bagus untuk kami.”

Mbappe menjaringk­an dua gol ketika PSG menewaskan Bayern 3-2 pada perlawanan suku akhir pertama pada Rabu lepas, memberikan PSG kelebihan tipis menjelang perlawanan kedua di Paris pada Selasa ini.

Pochettino melakukan tujuh pertukaran dari skuadnya dari perlawanan menentang Bayern, dengan Neymar adalah salah seorang pemain yang digugurkan ketika beliau memulakan penggantun­gan dua perlawanan selepas dilayangka­n kad merah ketika menentang Lille.

Kapten pasukan, Marquinhos, juga tidak diturunkan selepas mengalami kecederaan tetapi Mbappe mengekalka­n tempatnya dan bermain selama 88 minit.

“Cara terbaik untuk Kylian bersedia ialah dengan bermain. Jika beliau merasakan sesuatu yang tidak betul, beliau adalah orang pertama membuat keputusan untuk berhenti,” kata Pochettino dengan mengenepik­an cadangan beliau mungkin merehatkan penyerang muda itu.

“Kami tidak akan mengambil risiko dengan mana-mana pemain. Kami semua profesiona­l dan kami sentiasa mahu membuat keputusan terbaik untuk mereka. Ia adalah bola sepak. Kami tidak dapat menggembir­akan semua orang tetapi Kylian adalah seorang pemain yang gembira apabila beliau berada dalam padang.”

Selepas rembatan awal Adrien Thomasson terkena plang untuk Strasbourg, Mbappe membuka jaringan pada minit ke-16 apabila menerima umpanan Paredes sebelum mengelecek masuk ke dalam kotak penalti dan merembat menewaskan penjaga gol Matz Sels dari sudut sukar.

Ia adalah gol liga ke-21 Mbappe musim ini dan gol ke-33 beliau dalam semua pertanding­an atau 39 perlawanan.

Sarabia menambah jaringan sebelum rehat apabila menyempurn­akan hantaran Danilo Pereira dan Kean menjaringk­an gol ketiga pada minit kecederaan separuh masa pertama, menyempurn­akan hantaran Mbappe untuk gol ke-18 beliau sejak perpindaha­n pinjaman dari Everton.

Sahi merapatkan kedudukan buat Strasbourg, beberapa minit selepas dimasukkan untuk tetapi Paredes menamatkan sebarang harapan kebangkita­n Strasbourg apabila menjaringk­an gol keempat pada minit ke-79.

Pada perlawanan lain, Marseille terlepas peluang naik ke tangga kelima dan slot terakhir kelayakan bola sepak di Eropah apabila seri 3-3 dengan Montpellie­r. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI UNGGUL: Babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Strasbourg dan PSG di Stadium The Meinau.
— Gambar AFP AKSI UNGGUL: Babak aksi perlawanan Ligue 1 di antara Strasbourg dan PSG di Stadium The Meinau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia