Utusan Borneo (Sarawak)

MUKAH TERUS MEMBANGUN

Bandar Mukah bakal mempunyai jambatan kedua dan Jalan Tellian Bypass

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Bandar Mukah bakal mempunyai jambatan kedua dan Jalan Tellian Bypass bagi menghubung­kan kawasan pinggir bandar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, jambatan dan jalan tersebut dicadangka­n bernilai RM60 juta dan bakal dilaksanak­an dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

"Jambatan kedua dan Jalan Tellian Bypass itu menghubung­kan semua kawasan kampung dan rumah panjang di Mukah, semuanya bernilai RM60 juta," katanya pada Majlis Pecah Tanah Anjung Selera Balingian di Dewan Masyarakat Balingian semalam.

Beliau berkata, Balingian salah satu komponen penting dalam bahagian Mukah di mana pembanguna­n berlaku dengan sangat pesat dan pantas.

"Jika dilihat, semua pembanguna­n di bahagian Mukah bermula dengan pembinaan jambatan menghubung­kan jalan pesisir.

"Antaranya Jambatan Batang Paloh, Jambatan Batang Lassa, Jambatan Igan dan seterusnya bersambung ke jalan utama BalingianB­intulu sehingga ke Miri," jelasnya.

Semua projek tersebut menelan belanja besar dan hanya berlaku dalam masa tiga tahun lalu.

Sementara itu, pada sidang media di Medan Selera Mateding, Abang Johari mengatakan tempat tersebut berada di kawasan sangat strategik untuk persinggah­an. "Ia bakal menjadi tempat persinggah­an sesiapa yang datang dari Sibu, Bintulu mahupun Mukah untuk berehat, menikmati makanan serta minuman dan membeli barang di pasar tamu," katanya.

Selain Anjung Selera Balingian, Abang Johari turut melawat beberapa projek di Balingian seperti pembinaan Pejabat Daerah Baharu Daerah Kecil Balingian, Pejabat Majlis Daerah Dalat

Mukah, Balingian, projek tebingan hakisan Batang Balingian, naik taraf Stadium Mini Balingian dan beberapa lagi.

Kebanyakan projek dilaksanak­an kini diluluskan kerajaan negeri ketika lawatannya ke Balingian pada 2019.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah

Abdullah, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk John Sikie Tayai, Menteri Muda Pembanguna­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, ADUN Tellian Yussibnosh Balo, ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya dan ADUN Daro Safiee Ahmad.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari mengendali­kan jengkaut ketika menyempurn­akan upacara pecah tanah Anjung Selera Balingian semalam.
SIMBOLIK: Abang Johari mengendali­kan jengkaut ketika menyempurn­akan upacara pecah tanah Anjung Selera Balingian semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia