Utusan Borneo (Sarawak)

Atasi rumah terbengkal­ai

Rancang pinda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996, (Akta 188) lindungi hak dan kepentinga­n pembeli rumah

- Oleh Marlinda Mardzuki

Misalnya, kita hanya mampu mengenakan tindakan senarai hitam sahaja terhadap pemaju perumahan dan kita tidak dapat mengambil tindakan terhadap mereka apabila pemaju ini

” diisytihar­kan muflis.

KUCHING: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang dalam perancanga­n meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996, (Akta 188) bagi melindungi hak dan kepentinga­n pembeli rumah.

Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pindaan itu bertujuan mengatasi masalah projek perumahan yang terbengkal­ai serta tindakan tegas yang perlu diambil terhadap pemaju.

Ketika ini katanya, undangunda­ng sedia ada berkaitan pembelian rumah di negara ini masih longgar dan tidak ketat untuk melindungi pembeli.

“Misalnya, kita hanya mampu mengenakan tindakan senarai hitam sahaja terhadap pemaju perumahan dan kita tidak dapat mengambil tindakan terhadap mereka apabila pemaju ini diisytihar­kan muflis.

“Jadi, buat masa sekarang memang agak sukar untuk pembeli mengambil tindakan undang-undang kepada syarikat pemaju perumahan sekali gus menyebabka­n mereka (pembeli) mengalami kerugian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pejabat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Sarawak di sini, semalam.

Selain meminda akta tersebut Zuraida berkata, KPKT juga merancang mewujudkan tabung kecemasan bagi membantu menyelamat­kan sesebuah projek perumahan daripada masalah terbengkal­ai.

“Sekiranya kita ada skim tabung kecemasan atau ‘Singking

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Fund’ pada masa depan, kita akan dapat membantu pemaju menyiapkan projek yang mempunyai risiko terbengkal­ai ini dan pembeli tidak akan mengalami kerugian,” katanya.

Beliau turut memberitah­u bahawa kementeria­n kini dalam peringkat merumuskan Akta Sewaan Kediaman yang akan membantu mengukuhka­n dan melindungi hak pembeli dan pemilik kediaman.

Ditanya mengenai sama ada terdapat projek terbengkal­ai di Sarawak, beliau berkata, setakat ini tiada projek terbengkal­ai di bawah SPNB.

“KPKT mempunyai peruntukan untuk membantu projek terbengkal­ai ini, namun peruntukan itu tidak begitu banyak.

“Apabila projek terbengkal­ai diumumkan, kita akan membuka tender untuk mana-mana kontraktor yang ingin memohon atau sekiranya mereka menilai akan memberi keuntungan, kita akan membenarka­n mereka meneruskan projek selepas mereka (kontraktor) membuat permohonan,” ujarnya.

Mengenai perasmian pejabat SPNB itu Zuraida berkata, ia merupakan sebahagian daripada satu inisiatif penjenamaa­n semula agensi itu di Sarawak sejak 2004.

Sehingga kini katanya, SPNB telah berjaya menyiapkan sebanyak 2,904 unit kediaman di negeri ini.

“Malah ada beberapa projek lagi yang bakal dilancarka­n yang antaranya adalah di Kuching dan Miri dengan melibatkan 2,187 unit kediaman.

“Sehubungan itu, orang ramai khususnya golongan B40 di Sarawak diminta menghubung­i SPNB bagi mendapatka­n maklumat tentang Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan pembelian kediaman SPNB yang mampu dimiliki,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon, Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Datuk Hasleen Isnin dan Pengarah SPNB Sarawak Wan Habeeb Alli Wan Yep Mohdzar.

Datuk Zuraida Kamaruddin

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Zuraida merasmikan pejabat Syarikat Perumahan Negara Berhad Sarawak semalam.
RASMI: Zuraida merasmikan pejabat Syarikat Perumahan Negara Berhad Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia