Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga kawasan berisiko tinggi dalam kegiatan dadah

-

KUCHING: Tiga kawasan di Sarawak dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi dalam kegiatan berkaitan dadah, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Jelas Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Sarawak itu, tiga kawasan tersebut adalah Kampung Tabuan Melayu, Matang dan Bekenu.

“Ekoran daripada makluman tersebut, usaha bersepadu dan program tertentu akan dilakukan di tempattemp­at tersebut agar masalah penggunaan dadah dan kesedaran masyarakat yang terdapat di sana tentang bahaya dadah dapat disebarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Tindakan Membantera­s Dadah Peringkat Negeri di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya di sini semalam.

Bagaimanap­un, Abdul Karim yang juga Menteri

Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan berkata, walaupun dikenal pasti sebagai kawasan dengan kadar penggunaan dadah tinggi, ia bukan bererti tempat-tempat lain di negeri ini bersih daripada najis dadah.

“Kerana kalau kita lihat masalah dadah di Sarawak ini, ia bukannya terhad di kawasan bandar sahaja, maklum balas yang kita dapat daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukka­n penyalahgu­naan dadah menular jauh ke pedalaman di setiap daerah melibatkan setiap lapisan kaum yang ada di negeri ini,” dedahnya.

Tambahnya, daripada statistik penyalahgu­naan dadah setakat Mac tahun ini, AADK merekodkan seramai 1,915 orang kena pengawasan, Jabatan Penjara Sarawak pula seramai 777 orang adalah banduan atas kesalahan dadah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Sarawak pula menyaksika­n 2,058 orang ditangkap atas kesalahan dadah.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u, Kerajaan Sarawak bersetuju agar Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) dicadangka­n ditubuhkan di negeri ini.

Beliau menegaskan, ini kerana Sarawak merekodkan peningkata­n jumlah pesalah dadah di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas.

“Pada masa ini Sarawak tidak mempunyai pusat itu yang mana sekarang ini hanya terdapat empat pusat seperti ini iaitu di Simpang Renggam, Machang, Batu Gajah dan Muar.

“Jadi kita mahu Sarawak ada pusat seperti ini supaya mereka yang ditangkap di negeri ini boleh diletakkan di sini dan tidak perlu dihantar ke Semenanjun­g,” tambahnya.

Justeru, beliau berharap kerajaan pusat dapat mempertimb­angkan cadangan menubuhkan PPA di negeri ini.

Selain itu, beliau berkata, usaha memerangi dadah memerlukan penguatkua­saan yang lebih menyeluruh dan aspek perundanga­n yang lebih jelas selain pengurusan keselamata­n yang lebih cekap.

“Kita perlu tangani bersama masalah penyalahgu­naan dadah kerana masalah ini tidak dapat ditangani dalam sekelip mata, ia memerlukan usaha yang halus memerlukan semua agensi termasuk masyarakat dalam bersama-sama menangani masalah ini sebagai masalah kita bersama,” ujarnya.

Menyentuh tentang perkembang­an politik, Abdul Karim menegaskan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah mengenal pasti calon-calon di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terdiri daripada parti-parti komponen gabungan itu sendiri iaitu PBB, SUPP, PRS dan PDP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia