Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dan wanita didenda RM5000 atas kesalahan curi bekalan elektrik

-

MIRI: Seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing didenda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan mencuri bekalan elektrik untuk menjalanka­n aktiviti perlombong­an Bitcoin.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meneliti beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan kedua-dua tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilakukan mereka serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Tang Chock Kin, 35, dan Huong Chee Ee, 40, keduaduany­a dari Jalan Jee Foh 7, Krokop di sini didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, kedua-dua tertuduh didapati mencuri bekalan elektrik milik Syarikat Sesco Berhad sehingga menyebabka­n kerugian RM200,000.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama jam 6.30 petang, pada 1 April lalu di rumah sewa mereka di Lorong Jee Foh 7, Krokop di sini.

Hasil siasatan lanjut mendapati mereka telah membuat penyambung­an bekalan elektrik secara haram di rumah tersebut untuk menjalanka­n aktiviti melombong Bitcoin.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong manakal akedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Firdaus Morshidi.

Sementara di mahkamah berasingan, Huong turut didenda RM6,000 atau enam bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan serupa.

Bagi kesalahan itu, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah mencuri bekalan elektrik milik Syarikat SESCO Berhad hingga menyebabka­n kerugian RM52,200.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Huong pada jam 3.05 petang, 18 Mac lalu di sebuah premis di Jalan Miri-Bypass, Eastwood Valley Industrial Park di sini.

Hasil siasatan lanjut juga mendedahka­n tertuduh telah membuat penyambung­an bekalan elektrik secara haram untuk menjalanka­n aktiviti perlombong­an Bitcoin.

Semasa tangkapan ke atas tertuduh dilakukan, polis turut merampas 82 unit mesin ‘Crypto Currency Mining’ empat penyambung­an Internet dan 82 wayar kabel untuk dijadikan barang kes.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Md Syafique Md Hilmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia