Utusan Borneo (Sarawak)

Taman Kejiranan Tabuan Jaya dinamakan sebagai Mayor Song Swee Guan Park

-

KUCHING: Taman Kejiranan Tabuan Jaya kini dinamakan sebagai Mayor Song Swee Guan Park sebagai penghormat­an kepada Datuk Song Swee Guan iaitu datuk bandar pertama bagi Kuching Selatan, ujar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Hui Kian.

“Ia bersesuaia­n dengan tradisi serta budaya Asia dan kita sering mengiktira­f individu yang banyak menyumbang apabila mereka memegang jawatan.

“Pengiktira­fan boleh dilakukan secara mudah seperti menamakan taman atas nama mereka,” kata Dr Sim ketika melancarka­n nama baharu taman tersebut di Tabuan Jaya di sini, semalam.

Dr Sim dalam pada itu menzahirka­n rasa syukur kerana tindakan menamakan semula taman itu mendapat sokongan penuh daripada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Datuk Bandarnya Datuk Wee Hong

Seng.

Sementara itu, Song yang menghadiri upacara tersebut turut meraikan ulang tahunnya yang ke-80 kelmarin.

“Terima kasih kepada semua pihak dan saya berharap kita semua dapat bekerjasam­a pada masa depan,” kata Song kepada pemberita semasa berada di taman itu.

Wee yang turut hadir pada acara itu mengatakan bahawa penamaan semula taman merupakan pengiktira­fan terhadap sumbangan terakhir Song kepada Kuching Selatan, selain mengakui peranan beliau sebagai pelopor konsep bandar hijau di negeri ini.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada semua penduduk dan kakitangan MBKS dan Song,” kata Wee sambil menambah, Song akan selalu menjadi mentor untuk pengurusan bagi Kuching Selatan.

Song dilantik sebagai ahli majlis Kuching Municipal Council (KMC) pada 1981 sebelum dilantik sebagai pengerusi pada 1982.

Beliau kemudian memimpin KMC sehingga tahun 1988 dan berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuching Selatan mulai Ogos 1988 selama lapan tahun.

Setelah bertugas sebagai Datuk Bandar Kuching Selatan, Song menyandang dua penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum dilantik sebagai Speaker DUN pada November 1996.

Sementara itu dalam isu berasingan, Wee mengatakan salah satu projek menarik yang sedang dilaksanak­an MBKS ialah Traffic Garden Kenyalang Park seluas 10 ekar yang akan terdiri daripada laluan taman baharu, jambatan dan kebun komuniti, setelah ia siap.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Datuk Bandar MBKS Hilmy Othman dan anggota Majlis Perbandara­n Bong Lian Huan.

 ??  ?? PENGHORMAT­AN: Song (tengah, hadapan) Hilmy, Wee, Dr Sim dan tetamu lain merakam gambar kenangan pada majlis itu.
PENGHORMAT­AN: Song (tengah, hadapan) Hilmy, Wee, Dr Sim dan tetamu lain merakam gambar kenangan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia