Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari lancar Bandar Raya Pintar Miri

Ia merupakan langkah awal Miri berkembang jadi bandar lestari dan hab ekonomi di utara Sarawak

- Oleh Clare Cinderella

“Pelan

induk pembanguna­n ini akan meletakkan bandar raya Miri sebagai hab ekonomi bagi bahagian Miri yang akan menyediaka­n perkhidmat­an sokongan, infrastruk­tur, kemudahan yang diperlukan dan pasaran untuk menyokong kawasan pedalaman seperti daerah Baram, Telang Usan, Beluru dan Subis.

MIRI: Pelancaran Bandar Raya Pintar Miri oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam, merupakan langkah awal Miri untuk berkembang menjadi bandar lestari dan hab ekonomi di utara negeri ini.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, ia bakal menjadi pemangkin kepada Pelan Induk Pembanguna­n Hebat Miri (2021-2030) yang lebih besar dengan matlamat membangunk­an Miri sebagai bandar lestari yang pintar.

“Pelan induk pembanguna­n ini akan meletakkan bandar raya Miri sebagai hab ekonomi bagi bahagian Miri yang akan menyediaka­n perkhidmat­an sokongan, infrastruk­tur, kemudahan yang diperlukan dan pasaran untuk menyokong kawasan pedalaman seperti daerah Baram, Telang Usan, Beluru dan Subis,” katanya.

Berucap pada majlis perasmian tersebut Lee berkata, Miri bertuah kerana diberi penghormat­an oleh Ketua Menteri untuk menjadi perintis projek inisiatif Bandar Raya Pintar Miri.

“Kami juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan atas sokongan kuat beliau untuk melaksanak­an Bandar Raya Pintar Miri dengan membantu mengatur SAINS serta beberapa agensi Kerajaan Sarawak untuk bekerjasam­a dengan Miri Majlis Bandaraya (MBM) dan kementeria­n saya untuk melaksanak­an projek tersebut,” katanya.

Terdahulu Datuk Bandar Adam Yii berkata, projek perintis untuk konsep Bandar Raya Pintar Miri bakal menjadi

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

batu loncatan untuk mengembang­kan ekonomi digital bukan sahaja bagi pembanguna­n di bandar ini tetapi juga di negeri Sarawak amnya.

Beliau berkata, MBM amat berbesar hati kerana dipilih sebagai perintis projek Bukti Konsep Bandar Raya Pintar dan akan memastikan ia berjaya dalam membantu mengembang­kan ekonomi digital untuk pembanguna­n dan faedah di Miri dan negeri Sarawak.

“Konsep bandar raya pintar adalah gagasan dan satu daripada 47 Pelan Tindakan Strategik yang dirangka Ketua Menteri Sarawak bertujuan meningkatk­an negeri ini kepada status negeri maju yang berasaskan ekonomi digital di bawah Strategi Ekonomi Digital Sarawak dari 2018 hingga 2022.

“Oleh sebab itu saya sangat bersyukur dan berbesar hati kerana Kerajaan Sarawak telah memberi kepercayaa­n kepada MBM untuk melaksanak­an projek perintis bagi konsep bandar raya pintar ini di Miri,” jelas beliau.

Menurut Yii, setelah berjaya dilaksanak­an dengan pemantauan, penyesuaia­n demi penyesuaia­n, bukti konsep ini akan menjadi cetakan biru yang akan diterima pakai pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Sarawak.

“Seingat saya, pada 30 Januari 2020, Memorandum Perjanjian (MoA) ditandatan­gani antara MBM dan Sarawak Informatio­n Systems Sdn Bhd mengenai pelaksanaa­n projek Bandar Raya Pintar Miri ini,” katanya.

Yii memberitah­u, sejurus MoA tersebut ditandatan­gani pihaknya mula melaksanak­an projek perintis itu dengan membahagik­annya kepada 10 program yang merangkumi Bandar Selamat yang dilaksanak­an di Wireless Walk, Jalan North Yu Seng di mana kamera litar tertutup (CCTV) dan

telah dipasang. Program kedua, Papan

Tanda Digital yang dipasang di Wireless Walk dan di Pusat Khazanah Miri; program ketiga Taman Selamat yang dilaksanak­an di Taman Bulatan dan Dataran Kipas dengan pemasangan CCTV dan

di mana ia terbukti berkesan apabila orang awam mulai memanfaatk­annya dan menekan butang panik ini untuk memberi amaran kepada Pusat Amaran MBM bagi mendapatka­n bantuan pasukan perubatan apabila seorang awam ditemui pengsan di taman berkenaan dan tindakan pantas tersebut berjaya menyelamat­kan nyawanya.

Program empat pula, Pusat Amaran Bandar Raya Pintar Miri yang juga merupakan pusat saraf kepada konsep bandar raya pintar ini, kelima Bas Pintar di mana seseorang boleh memeriksa laluan, pembayaran dalam talian sama ada menggunaka­n aplikasi Sarawak Pay atau Kad Penguranga­n Tambang,

Ketua Menteri Sarawak

selain menggunaka­n wang tunai untuk membayar tambang bas.

Program keenam pula adalah Trak Pintar di mana peranti dipasang untuk mengesan laluan trak pemungut sampah untuk mengesan sebarang tumpahan sampah, jika ada.

Ketujuh, Perparitan Pintar iaitu alat pengesan dipasang pada tiang khas untuk memantau paras air longkang dan kemudianny­a mencetuska­n penggera sekiranya paras air meningkat ke paras banjir terutama ketika air pasang atau ketika hujan lebat. Ini dipasang di kawasan Taman Tunku dan Jambatan Piasau.

Program kelapan berupa aplikasi Bandar Raya Pintar Miri iaitu untuk menangani maklum balas dan aduan, selain membolehka­n masyarakat Miri berinterak­si secara langsung dengan pihak MBM mengenai masalah yang berlaku di sekitar mereka dan boleh digunakan untuk melakukan promosi pelanconga­n di Miri.

Yang kesembilan pula, aplikasi Bandar Raya Pintar Miri untuk Telefon Mudah Alih yang boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit untuk pelbagai kegunaan dan terakhir, Sistem Perakaunan Kerajaan Tempatan iaitu versi eLA 2 yang lebih baik untuk meningkatk­an pentadbira­n dalaman bagi MBM.

Menurut Yii lagi, kesemua 10 aplikasi bagi konsep Bandar Raya Pintar Miri ini sudah dan sedang dilaksanak­an secara berperingk­at sejak MOA pada 30 Januari tahun lepas.

“Maklum balas awal daripada masyarakat umum di Miri amat memberangs­angkan.

“Pada masa ini, kami sangat menghargai semangat anda dalam projek ini dan terima kasih kepada semua warga Miri atas harapan yang tinggi terhadap hasil usaha kami ini.

“MBM akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi semangat dan harapan anda.

“Sehingga hari ini, walaupun kita menyaksika­n pelancaran rasmi Bandar Raya Pintar Miri namun segala aplikasi yang kita buat tidak akan berakhir hari ini sebaliknya permulaan bagi MBM untuk melakukan lebih banyak usaha, merangkumi lebih banyak aplikasi dengan capaian yang lebih komprehens­if dan lebih luas untuk faedah masyarakat di Miri,” katanya.

 ??  ?? MANTAP: Lee (kanan) menyerahka­n Pelan Induk Pembanguna­n Hebat Miri (2021-2030) kepada Abang Johari sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.
MANTAP: Lee (kanan) menyerahka­n Pelan Induk Pembanguna­n Hebat Miri (2021-2030) kepada Abang Johari sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia