Utusan Borneo (Sarawak)

JPBB Bintulu disaran memperketa­t PKPB

-

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menyaranka­n agar Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu (JPBB) Bintulu memperketa­t Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanak­an di Bintulu bagi membendung penularan COVID-19.

Antara saranan beliau ialah mengehadka­n masa perniagaan semua premis di Bintulu dan mengarahka­n semua premis ditutup jam 8 malam setiap hari.

Katanya, bagi tujuan sama semua premis makanan dan minuman termasuk kedai kopi dan restoran hanya dibenarkan menyediaka­n khidmat jualan makanan secara bungkus sahaja.

“Saya menyaranka­n JPBB Bintulu mengambil pendekatan proaktif menutup sementara semua kawasan rekreasi terutama kawasan pantai yang sering dikerumuni orang ramai bagi menghentik­an penularan wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Tiong, ini kerana masih terdapat ramai orang awam berkerumun serta berkumpul di kawasan pantai dalam kelompok ramai dan sikap itu mendedahka­n kepada jangkitan virus.

Pada masa sama, semua sektor sama ada swasta atau kerajaan termasuk perniagaan serta perindustr­ian harus menggalakk­an sekurangku­rangnya 70 peratus kakitangan bekerja dari rumah.

“Langkah sedemikian harus diambil memandangk­an penularan wabak COVID-19 yang semakin serius di Bintulu,” jelasnya.

Tiong turut berharap sekolah di bahagian ini ditutup selama dua minggu bagi menghentik­an kadar jangkitan COVID-19 di sekolah.

“Sekolah secara dalam talian harus dipraktikk­an kerana ia demi kebaikan semua pihak sekali gus mengurangk­an kadar jangkitan di sekolah,” katanya.

 ??  ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia