Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah jangkitan harian COVID-19 di Sarawak menurun kepada 351

-

KUCHING: Jumlah jangkitan harian COVID-19 di Sarawak menurun kepada 351 kes semalam, berbanding 443 kes pada Ahad, kata Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menurut JPBNS, daerah Bintulu merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 123 kes diikuti Sibu (64), Kuching (30) dan Kapit (25).

Manakala kes-kes lain dikesan di Mukah (23), Miri (16), Saratok (10), Sarikei (10), Julau (9), Meradong (8), Selangau (5), Sri Aman (5), Bau (4), Limbang (4), Beluru (3), Kanowit (3), Bukit Mabong (2), Serian (2), Belaga (1), Sebauh (1), Song (1), Subis (1) dan Kabong (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes baharu COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 20,352 kes.

“Daripada 351 kes baharu yang dilaporkan, seramai 51 orang telah menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala seramai 257 orang kes yang dikesan adalah terdiri daripada individu diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin disediakan,” katanya dalam kenyataan semalam.

JPBNS berkata, bagaimanap­un tiada kematian melibatkan jangkitan COVID-19 direkodkan di Sarawak semalam, menjadikan jumlahnya kekal 124.

“Turut dimaklumka­n hari ini juga terdapat 208 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Bintulu (76), Hospital Sibu (35), Hospital Miri (22), PKRC Serian (19), Hospital Sarikei (16), PKRC Penjara Sri Aman (13), PKRC Mukah (11), Hospital Umum Sarawak (8), PKRC di bawah Hospital Kapit (6) dan PKRC Betong (2).

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 16,452 orang daripada jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak,” katanya.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital pula adalah seramai 3,713 orang.

Manakala seramai 351 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Mengenai kluster di Sarawak, JPBNS berkata, sebanyak 49 kluster masih aktif.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak tujuh kluster yang melaporkan penambahan kes manakala 42 kluster lagi tidak ada penambahan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia