Utusan Borneo (Sarawak)

PKPD di Kampung Serpan Laut, Asajaya ditamatkan

-

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) semalam memutuskan untuk menamatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Serpan Laut, Asajaya.

JPBNS menerusi satu kenyataan berkata, arahan menamatkan PKPD itu dibuat berikutan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu.

“Di samping itu, tiada bukti yang menunjukka­n jangkitan masih menular di kawasan tersebut.

“Jadi JPBNS memutuskan untuk menamatkan PKPD di kampung terbabit hari ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, jawatankua­sa terbabit mengucapka­n terima kasih kepada semua agensi dan penduduk kampung atas kerjasama menjayakan PKPD berkenaan.

Terdahulu, JPBNS dalam kenyataan pada 7 April berkata, PKPD Kampung

Serpan Laut, Asajaya dilaksanak­an mulai 8 April hingga 21 April 2020.

Arahan itu dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi ke atas lokaliti yang berlaku kenaikan kes secara mendadak.

Dalam pada itu JPBNS berkata, daerah Sri Aman telah kembali ke status Jingga daripada status merah semalam.

Perubahan itu berlaku setelah merekodkan hanya sejumlah 40 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga telah meningkat kepada lima daerah termasuk Saratok, Sebauh, Kanowit dan Marudi.

“Manakala jumlah daerah berstatus Merah menurun kepada 14 daerah iaitu Subis, Matu, Mukah, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Julau, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu,” katanya.

Sementara 16 daerah lagi iaitu Dalat, Daro, Asajaya, Lawas, Bukit Mabong, Belaga, Betong, Lubok Antu, Tatau, Tanjung Manis, Song, Pakan, Tebedu, Bau, Limbang dan Selangau kekal berstatus Kuning.

“Lima daerah iaitu Telang Usan, Lundu, Pusa, Simunjan dan Kabong kekal berstatus Hijau,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia