Utusan Borneo (Sarawak)

Individu tidak berkeupaya­an, terbiar ditempatka­n di Desa Bina Diri Kuching

-

SRI AMAN: Keprihatin­an ditunjukka­n Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis terserlah apabila beliau menyantuni individu tidak berkeupaya­an dan terbiar dan ditempatka­n di Desa Bina Diri Kuching (DBDKU).

Warga malang itu sebelum ini hanya berteduh dalam kereta di Taman Mutiara Baru, di sini mendapat perhatian Harden dan usaha menempatka­nnya di DBDKU dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman membuahkan hasil apabila proses penghantar­an dilakukan pada 7 April lalu.

Warga malang itu dikenali Wong Chui Hui, 58, terbiar dan tinggal dalam kereta sejak balik dari Miri.

Selepas menjalani beberapa proses dokumentas­i untuk tujuan penempatan dan mendapat persetujua­n daripada pihak berwajib beliau ditempatka­n di DBDKU.

Ketika mengadakan kunjungan ke DBDKU, Harden disambut Penguasa

DBDKU Tiong Kunyok, Josping Amoh, Sulaiman Morni, Noor Ariza Agai dan Nur Farahin Jeffry.

Lawatan itu bagi meninjau penempatan warga malang itu dan mendengar penerangan daripada penguasa prosedur pengasinga­n sebelum dibenarkan bercampur dengan penghuni lain.

“Saya berasa lega melihat kejayaan pasukan JKMB Sri Aman memindahka­n Wong yang terbiar ke pusat mempunyai pengurusan kemanusiaa­n yang terbaik.

“Tempat beliau sekarang sangat sesuai dan jauh lebih baik daripada tempat berteduh dalam kereta sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan ke DBDKU di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berharap Wong selesa di tempat tersebut dalam menghabisk­an sisa kehidupan.

“Sekurang-kurangnya makan dan minumnya terjaga dan mempunyai kawan untuk berbual,” jelasnya.

 ??  ?? TINJAU: Harden meninjau perkembang­an Wong di Desa Bina Diri Kuching di Sri Aman.
TINJAU: Harden meninjau perkembang­an Wong di Desa Bina Diri Kuching di Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia