Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 lagi pemandu Grab dipilih sertai kohort kedua Program Duta Sarawak

-

KUCHING: Seramai 1,000 lagi pemandu e-panggilan Grab akan dipilih menyertai kohort kedua Program Duta Sarawak menerusi epembelaja­ran dalam usaha mempromosi dan memberi kesedaran pelanconga­n di semua bandar utama di negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bagaimanap­un tidak menyatakan bila ia akan dijalankan namun menerusiny­a pihaknya akan mencapai 63 peratus sasaran yang telah ditetapkan.

“Grab merupakan perkhidmat­an dan syarikat e-panggilan terbesar di Asia Tenggara dengan lebih daripada dua juta pemandu berdaftar dan 68 juta peranti menggunaka­n aplikasiny­a.

“Dengan kolaborati­f bersama Grab Malaysia, kita dapat memastikan modul produk pelanconga­n di platform akademi Grab boleh dimuat turun secara eksklusif oleh pemandunya di mana sahaja mereka berada,” katanya pada Majlis Graduasi Program Duta Sarawak untuk pemandu e-panggilan semalam.

“Justeru, kita mahu pemandu e-panggilan Grab merebut peluang dan melengkapk­an diri mereka dengan pengetahua­n untuk mempromosi­kan keunikan serta tarikan pengembara­an, alam semula jadi, budaya, makanan dan festival di sini.”

Pihak kementeria­n juga tegasnya, akan sentiasa mencari strategi dan menyedia pelan komprehens­if pemulihans­ektorpelan­congan di Sarawak walaupun masih dalam pergolakan pandemik COVID-19.

Karim yakin pelan mampan akanmemban­tupembentu­kan pelanconga­n yang lebih mantap pada masa depan.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Dennis Ngau juga berkata sejak ia dilancarka­n pada Oktober 2020, seramai 1,000 pemandu e-panggilan Grab kohort 1 di seluruh negeri Sarawak telah tamat kursus berkenaan.

Ia merupakan inisiatif kolaborati­f STB dan Grab Malaysia untuk pembelajar­an dalam talian dengan modul yang membina kesedaran pelanconga­n kepada pemandu e-panggilan di sini.

Sejurus tamat kursus masing-masing pemandu e-panggilan Grab akan diberikan sijil, RM20 baucar Grab sebagai pengiktira­fan.

Pada masa yang sama, 161 orang lagi daripada 1,000 pemandu e-panggilan Grab tersebut yang telah mendapat skor 100 peratus diberikan baucar tunai RM50 bersama maskot burung kenyalang Sarawak semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor, Pengurus Operasi Wilayah Grab Malaysia Joyce Lee dan Penasihat Persatuan Hotel Malaysia Kuching Mohamad Ibrahim Nordin.

 ??  ?? DIRAIKAN: Karim (berdiri, empat kanan) bersama Dennis (empat kiri) ditemani Sharzede (tiga kiri) dan Joyce (tiga kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian pemandu e-panggilan Grab yang berjaya mendapat skor 100 peratus pada program tersebut semalam.
DIRAIKAN: Karim (berdiri, empat kanan) bersama Dennis (empat kiri) ditemani Sharzede (tiga kiri) dan Joyce (tiga kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian pemandu e-panggilan Grab yang berjaya mendapat skor 100 peratus pada program tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia