Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n semula akan segarkan semula Bukit Assek

-

SIBU: Pembanguna­n semula Bukit Assek merupakan satu-satunya jalan keluar untuk menyegarka­n semula kawasan seluas 400 ekar itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembaharua­n Bandar Sibu Datuk Chieng Buong Toon berkata, gambaran mengenai projek mega yang hendak dibangunka­n di kawasan itu sudah ada tetapi bukan untuk semua kawasan dari Jalan Hua Khiew hingga Jalan Amoy.

“Kerajaan negeri sudah mengarahka­n Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk membuat rencana induk mengenai pembanguna­n semula Bukit Assek.

“Kita berharap proses rancangan induk dapat disegeraka­n,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an sumbangan daripada lima cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu iaitu Bukit Assek, Dudong, Nangka, Bawang Assan dan Pelawan, semalam.

Chieng berkata, JTS telah membuka dua makmal menjalanka­n kajian terhadap rancangan pembanguna­n semula kawasan Bukit Assek.

Katanya, makmal tersebut ditubuhkan bagi membolehka­n JTS merancang membuat kajian penilaian impak sosial dan tinjauan profil sosioekono­mi asas.

Chiengberp­endapatbah­awa sudah tiba masanya kawasan itu dibangunka­n semula memandangk­an kebanyakan kediaman di kawasan itu adalah bangunan kayu dan dibina sekitar 1950-an.

Selain jarak rumah yang padat dan rapat, masalah lain yang sering timbul di kawasan tersebut ialah peningkata­n kes denggi, saluran parit yang sering tersumbat dan banjir.

Katanya, beliau juga berharap penduduk di kawasan itu menyimpan alat pemadam api mudah alih untuk kegunaan ketika berlaku kebakaran.

Pada 29 Mac lalu, dua blok rumah kayu musnah dalam kejadian kebakaran dan menjejaska­n 11 keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia