Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurusan JKKK adalah ketelusan dan libat urus sistematik: Harden

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis mengingatk­an pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n kampung (JKKK) bahawa tatacara pengurusan sesebuah JKKK adalah ketelusan dan libat urus sistematik.

Katanya, perkara ini sebenarnya kerap dilaksanak­an namun tidak memikirkan dokumentas­i sedangkan dokumentas­i adalah kertas rasmi yang menjadi rujukan ketika mengadakan aktiviti di peringkat JKKK masingmasi­ng.

Menurutnya, terdapat enam perkara penting dititikber­atkan dalam organisasi JKKK iaitu mengadakan mesyuarat secara berjadual, membentang­kan laporan kewangan, menyimpan rekod sebagai dokumentas­i, merangka takwim aktiviti tahunan, merekod projek dibina, menghantar laporan ke Pejabat Daerah dan agensi berkaitan.

“Semua tuai rumah atau pengerusi setiap rumah panjang dan kampung hendaklah sentiasa bekerjasam­a dan sehaluan dengan kerajaan dan jangan mudah terperdaya dengan hasutan pembangkan­g,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata demikian semasa mengadakan perjumpaan bersama tuai rumah terpilih dari kawasan DUN Simanggang di Pejabat Pusat

Khidmat Wakil Rakyat DUN Simanggang di sini kelmarin.

Katanya, perjumpaan itu bagi mengetahui status aktiviti JKKK dan pengurusan organisasi terkini termasuk jumlah KIR di bawah bidang kuasa masingmasi­ng serta perkembang­an pembanguna­n di kampung dan taman melalui projek MRP dan Projek Tranformas­i Luar Bandar (RTP).

Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Tuai Rumah Japing Gema selaku pengerusi JKKK Kampung Nyakai Baroh dan Bayum Lasa selaku setiausaha.

Perbincang­an itu berkisar tentang kualiti kepimpinan seseorang tuai rumah mewujudkan kerjasama dan satu tujuan iaitu membangunk­an kampung dengan cekap dan telus.

Pada perjumpaan berasingan, Harden bertemu Biju Anggat dari Taman Tiara selaku pengerusi JKKK baharu menggantik­an Tuai Numpang Jimi yang bersara.

Kehadiran pengerusi JKKK itu turut ditemani Bruno Abu, setiausaha dan Rufus Ikau sebagai bendahari.

Perbincang­an itu juga mengenai peranan dan tanggungja­wab sebuah JKKK bertindak sebagai pertubuhan mewakili masyarakat menyampaik­an masalah dan landasan membincang­kan isu dalam kalangan ahli JKKK.

 ??  ?? PERBINCANG­AN: Harden (kanan) mengadakan perbincang­an dengan Biju (tengah)serta ahli-ahli JKKK dari Taman Tiara, Sri Aman.
PERBINCANG­AN: Harden (kanan) mengadakan perbincang­an dengan Biju (tengah)serta ahli-ahli JKKK dari Taman Tiara, Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia