Utusan Borneo (Sarawak)

Patuhi SOP semasa berkunjung ke Pelangi Foodkios Kampung Nangka

-

SIBU: Pelangi Foodkios di Kampung Nangka dekat sini bakal menjadi tumpuan orang ramai sepanjang bulan puasa.

Memikirkan keadaan itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pelangi Foodkios Kampung Nangka Jeffery Bakar menasihati para peniaga dan pengunjung supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Tegasnya, ini bagi mengelak berlakunya penularan wabak COVID-19 yang boleh menyebabka­n kemunculan kluster baharu.

“Sebab itu saya menasihati para peniaga dan pengunjung supaya tidak mengabaika­n SOP dengan memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan menyediaka­n cecair pembasmi kuman.

“Kita tidak mahu hanya disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Bagi mengurangk­an kesesakan pengunjung katanya, pihak jawatankua­sa telah menetapkan laluan sehala dan mengehadka­n jumlah pengunjung.

Beliau berkata, pihak Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) juga telah menyediaka­n besi penghadang untuk memastikan pengunjung mematuhi SOP ditetapkan.

“Pengunjung yang datang akan melalui satu pintu masuk sahaja dan di sana mereka akan diambil suhu dan merekodkan kemasukan mereka melalui aplikasi MySejahter­a atau pada buku yang disediakan.

“Di pintu masuk, akan ada anggota RELA ditempatka­n bagi membantu mengawal jumlah pengunjung dalam satu masa,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffery memberitah­u bahawa semua peniaga di Pelangi Foodkios Kampung Nangka telah menjalani ujian calitan pada 7 April lalu.

Beliau menambah, kesemua peniaga juga telah mengikuti kursus pengendali­an makanan dan diberi vaksin tifoid.

“Daripada 17 kios, hanya 15 kios akan beroperasi sepanjang bulan puasa ini,” katanya.

Sementara itu, pada 1 April lalu pihak MPS telah meluluskan bazar Ramadan di tiga lokasi di Sibu iaitu di Dataran Bandar Sibu Fasa 2, Pelangi Foodkios Kampung Nangka dan Bandong Walk.

Bagaimanap­un, peningkata­n jumlah kes COVID19 menyebabka­n pihak majlis telah bermesyuar­at pada 7 April dan membuat keputusan untuk membatalka­n penganjura­n bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2 tahun ini.

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee semasa siaran langsung Facebook menjelaska­n bahawa MPS masih membenarka­n mereka yang baharu dan sedang beroperasi di hadapan rumah masing-masing untuk meneruskan operasi.

Dr Annuar berkata, peniaga di Pelangi Foodkios dan Bandong Walk perlu mematuhi SOP yang ditetapkan untuk bazar Ramadan.

 ??  ?? JEFFERY
JEFFERY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia