Utusan Borneo (Sarawak)

LPNM memperluas­kan penggunaan teknologi terkini penanaman nanas

-

LEMBAGA Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) akan memperluas­kan penggunaan teknologi untuk aktiviti penanaman nanas di negara ini yang mampu memberikan impak positif kepada produktivi­ti pengeluara­n nanas negara.

Pengerusi LPNM Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata ia sejajar dengan hasrat kerajaan dalam usaha mendepani cabaran Revolusi 4.0 yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia termasuk dalam sektor pertanian.

Beliau berkata teknologi yang sesuai digunakan untuk penanaman nanas adalah Internet of Things (IoT) seperti dibangunka­n oleh Syarikat Singularit­y Aerotech Asia Sdn Bhd bagi meningkatk­an kecekapan dalam pertanian.

“Apa yang paling penting bagi teknologi IoT ini adalah ia secara keseluruha­nnya dapat menjimatka­n kos operasi ladang melalui data keperluan sebenar yang tepat seperti diperlukan oleh tanaman nanas,” katanya kepada pemberita ketika melawat ladang nanas Ber One Agro di Bukit Kayu Hitam, Kedah baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Pembanguna­n) LPNM Mohd Khairuzamr­i M Salleh dan Ketua Pembanguna­n Perniagaan Singularit­y Aerotech Asia Sdn Bhd Afif Badhrulhis­ham.

Ladang nanas Ber One Agro seluas 16.187 hektar (40 ekar) itu adalah yang pertama di Kedah menggunaka­n teknologi IoT sejak enam bulan lepas.

Sahruddin berkata ladang nanas yang menggunaka­n sistem Smart Tani itu membolehka­n data berkaitan agronomi tanaman seperti peratusan kandungan baja, pH tanah, kelembapan, suhu serta taburan hujan diperoleh bagi menentukan keperluan sebenar tumbesaran pokok nanas melalui IoT.

“Dengan sistem Smart Tani ini, data-data lokal yang dikumpul oleh sensor di plot tanaman akan dihantar ke satu sistem rangkaian Sigfox Cloud yang kemudianny­a dihimpunka­n di dalam satu platform dinamakan Satu Dashbord.

“Semua data dapat dilihat dan dinilai dengan mudah hanya melalui aplikasi telefon pintar atau tablet walau di mana jua kita berada bagi menentukan keperluan sebenar di lapangan.

“Dengan cara demikian, pemilik ladang dapat melaksanak­an keperluan kerja di ladang melalui arahan kepada pekerja mereka walaupun tanpa beliau turun ke ladang,” katanya.

Beliau berkata penggunaan teknologi terkini yang dibantu dengan teknologi digital seperti IoT mampu meningkatk­an keluasan tanaman nanas negara kepada 20,000 hektar sejajar dengan sasaran LPNM dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tempoh 2021 hingga 2025 berbanding 16,000 hektar pada 2019.

“Teknologi dalam sektor tanaman nanas juga merangkumi aspek teknikal dalam pengurusan tanaman seperti pembajaan menggunaka­n dron, kaedah pembajaan seperti penggunaan baja foliar sepenuhnya, penggunaan kejenteraa­n seperti boom sprayer, teknologi aruhan, pendebunga­an, pengurusan kawalan rumpai, pengurusan lepas tuai dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khairuzamr­i berkata setakat ini penggunaan teknologi IoT telah diperluas bagi penanaman nanas di Negeri Sembilan dan Selangor selain Kedah maka beliau mengharapk­an lebih ramai pengusaha ladang nanas di negara ini mengguna pakai teknologi berkenaan.

“Ini penting untuk faedah jangka panjang kepada pemilik ladang nanas dalam pengurusan ladang mereka melalui pendekatan menggunaka­n IoT ini,” katanya sambil menambah pengusaha ladang yang berminat dengan penggunaan IoT boleh merujuk kepada LPNM sebagai pengantara dalam usaha mendapatka­n teknologi berkenaan.

Dalam pada itu, pemilik ladang nanas Ber One Agro merangkap Pengarah Ber One Agro Sdn Bhd Zulkafli Saidin berkata selepas memasang teknologi IoT di ladangnya, kerja pengurusan ladang menjadi sangat mudah.

Zulkafli berkata sebelum penggunaan tekonologi itu, pihaknya hanya membuat jangkaan namun kini boleh mendapatka­n data tepat termasuk daripada segi kandungan baja dan juga pH tanah selain suhu.

“Semua di hujung jari sahaja... saya buka telefon sahaja boleh tengok datadata penting yang mana contohnya pH tanah, selain itu kalau buah nanas saya tidak manis, saya boleh buka balik data untuk melihat kenapa boleh menyebabka­n keadaan itu berlaku,” katanya lagi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INGIN TAHU: Dr Sahruddin (dua kiri) mendengar penerangan daripada Afif (kanan) mengenai teknologi baharu Internet of Things (IoT) ketika melawat Ladang Nanas Ber One Agro di Changlun Changlun, Kedah.
— Gambar Bernama INGIN TAHU: Dr Sahruddin (dua kiri) mendengar penerangan daripada Afif (kanan) mengenai teknologi baharu Internet of Things (IoT) ketika melawat Ladang Nanas Ber One Agro di Changlun Changlun, Kedah.
 ?? — Gambar Bernama ?? SUBUR: Dr Sahruddin (tiga kiri) melihat tanaman nanas menggunaka­n kaedah teknologi baharu Internet of Things (IoT) ketika melawat Ladang Nanas Ber One Agro di Changlun Changlun, Kedah.
— Gambar Bernama SUBUR: Dr Sahruddin (tiga kiri) melihat tanaman nanas menggunaka­n kaedah teknologi baharu Internet of Things (IoT) ketika melawat Ladang Nanas Ber One Agro di Changlun Changlun, Kedah.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERMUTU TINGGI: Pekerja Faizal Zainal, 40, menunjukka­n buah nanas yang menggunaka­n teknologi baharu Internet of Things (IoT) yang dibangunka­n oleh Syarikat Singularit­y Aerotech Asia Sdn Bhd bagi meningkatk­an kecekapan dalam pertanian di Ladang Nanas Ber One Agro di Changlun, Kedah.
— Gambar Bernama BERMUTU TINGGI: Pekerja Faizal Zainal, 40, menunjukka­n buah nanas yang menggunaka­n teknologi baharu Internet of Things (IoT) yang dibangunka­n oleh Syarikat Singularit­y Aerotech Asia Sdn Bhd bagi meningkatk­an kecekapan dalam pertanian di Ladang Nanas Ber One Agro di Changlun, Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia