Utusan Borneo (Sarawak)

Situasi COVID-19 tidak memberangs­angkan

Rt di Sarawak ketika ini 1.08 dan trend yang ditunjukka­n membimbang­kan: Dr Adham

-

PUTRAJAYA: Unjuran untuk kes harian COVID-19 di Malaysia menurun kepada 500 pada Mei kelihatan tidak memberangs­angkan ketika ini sebaliknya membimbang­kan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ini berikutan kemerosoto­n kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diberi penekanan serta kerjasama bagi terus memastikan kepatuhann­ya, katanya.

Dalam sidang media perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bersama Menteri Penyelaras program itu Khairy Jamaluddin di sini semalam, Dr Adham berkata kadar nilai kebolehjan­gkitan (Rt) negara ketika ini adalah 1.06.

Beliau berkata Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan cuba memastikan segala langkah pencegahan dan kawalan dapat dilaksanak­an dengan Sarawak, Pulau Pinang, Selangor dan Johor yang terlibat dalam kenaikan kes dilihat sebagai keutamaan.

Sebelum ini, KKM mengunjurk­an kes harian COVID-19 boleh menurun sehingga 500 pada Mei mengikut Rt kurang 1.0.

Malaysia mencatatka­n jumlah kes positif COVID19 harian sebanyak 1,739 kes kelmarin.

Mengenai situasi COVID19 di Sarawak, Dr Adham berkata Rt di Sarawak ketika ini ialah 1.08 dan trend yang ditunjukka­n membimbang­kan.

Daripada 1,739 kes dicatatkan negara kelmarin, Sarawak melaporkan kes harian baharu sebanyak 443 kes.

Dr Adham berkata, berdasarka­n pemantauan dan analisis yang dijalankan bagi 2021, didapati trend COVID-19 di Sarawak semakin meningkat bermula pada 9 Januari lepas.

Menurutnya, sebanyak 39 kluster COVID-19 dikesan di Sarawak sejak awal tahun ini melibatkan komuniti berkaitan perhimpuna­n, aktiviti sosial dan juga rentas daerah.

Dr Adham berkata beliau dan beberapa pegawai kanan KKM ke Sarawak semalam bagi membincang­kan mengenai langkah segera yang perlu diambil, keperluan sumber bagi mengekang penularan jangkitan COVID19, serta tindakan pencegahan dan kawalan bersama kerajaan Sarawak.

Keperluan sumber itu termasukla­h sumber manusia, peralatan perubatan, peralatan perlindung­an peribadi (PPE), logistik dan keperluan ujian makmal, katanya.

Beliau berkata, mobilisasi dan peralatan serta kesiapsiag­aan perlu diambil untuk menangani situasi tersebut di Sarawak termasuk penubuhan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di beberapa kawasan bandar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CARTACOVID-19: DrAdhamBab­amenunjukk­angrafkada­rkebolehja­ngkitan (RT) COVID-19 semasa sidang media perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan semalam di ibu pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).
— Gambar Bernama CARTACOVID-19: DrAdhamBab­amenunjukk­angrafkada­rkebolehja­ngkitan (RT) COVID-19 semasa sidang media perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan semalam di ibu pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia