Utusan Borneo (Sarawak)

Cabutan bertuah galak pendaftara­n vaksin COVID-19 di Pahang

-

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang mengambil inisiatif mengadakan cabutan bertuah bagi menggalakk­an penduduk negeri itu mendaftar sebagai penerima vaksin melalui laman web Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang (SICP).

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddi­n Ishak berkata cabutan bertuah itu menawarkan hadiah baucar bernilai RM1,000 bagi setiap pendaftar ke-50,000 dan 100,000 sehingga pendaftara­n mencapai sasaran ditetapkan iaitu 1.1 juta penduduk.

“Baucar ini boleh ditebus di dua pasar raya besar di seluruh Pahang dengan pemenang perlu menuntut hadiah itu di pejabat daerah terdekat. Mereka yang membuat pendaftara­n lengkap dan memberikan persetujua­n untuk divaksin sahaja layak menyertai cabutan bertuah tersebut. Ini kerana kita dapati ramai yang tidak melengkapk­an pendaftara­n seperti untuk fasa dua pemberian vaksin, seramai 168,592 orang telah mendaftar tetapi hanya 38,000 individu yang berjaya melengkapk­an sepenuhnya permohonan,” katanya pada sidang media di Pusat Gerakan Operasi Imunisasi Kerajaan Pahang di sini semalam.

Sallehuddi­n berkata kerajaan negeri menggalakk­an penduduk Pahang mendaftar di SICP, yang dibangunka­n kerajaan negeri itu bagi memastikan tiada pihak ketinggala­n pendaftara­n atau tarikh janji temu suntikan yang diterima menerusi aplikasi MySejahter­a.

Sebagai contoh, SICP memudahkan pendaftara­n mereka yang tidak mempunyai capaian Internet atau telefon pintar kerana ia boleh dilakukan menerusi panggilan telefon atau dibantu oleh agensi atau badan bukan kerajaan yang dibenarkan membantu membuat permohonan itu.

Pada majlis itu, dua individu diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah fasa pertama iaitu pendaftar yang ke-50,000, Muhammad Azizi Khalid dari Perumahan Peramu Jaya, Pekan dan pendaftar ke-100,000,MuhammadAm­in MuhdZinber­alamatdiGe­nting Highlands. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia