Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas diberi vaksin Sinovac mulai minggu depan

-

PUTRAJAYA: Vaksin Sinovac keluaran China akan diberikan kepada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula 19 April ini, kata menteri penyelaras program berkenaan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ia diputuskan Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) setelah mengambil kira data terkini serta perkembang­an amalan penggunaan di negara lain yang menunjukka­n vaksin tersebut adalah selamat, berkesan dan stabil untuk diberikan kepada warga emas.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, contoh negara yang telah melaksanak­an pemberian vaksin Sinovac kepada populasi 60 tahun ke atas ialah Turki iaitu lebih 11 juta penerima, Brazil lebih tujuh juta penerima dan Chile lebih tiga juta penerima.

Dalam sidang media perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di sini semalam, Khairy berkata berdasarka­n ujian klinikal di Brazil dan hasil semakan mendapati peratus keberkesan­annya adalah 83.7 peratus bagi kes sederhana dan 100 peratus bagi kes-kes tenat.

Dalam pada itu, katanya, bilangan mereka yang sudah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 adalah seramai 8.513 juta.

Wilayah Persekutua­n Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan merekodkan pendaftara­n paling tinggi dari segi ratio penduduk, manakala Sabah, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Kedah masih perlahan, katanya.

Khairy berkata sejumlah 31,776 janji temu telah dihantar kepada penerima vaksin fasa kedua melalui aplikasi MySejahter­a dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Daripada 31,776 janji temu yang dihantar, 13,218 sudah jawab akan hadir, 343 menjawab mereka tidak hadir, dan 18,215 atau 57 peratus lagi masih belum memberikan pengesahan kehadiran.

“Saya mohon kepada mereka yang telah terima butiran janji temu untuk menjawab sama ada mereka akan hadir atau tidak kerana ini membolehka­n kita membuat perancanga­n di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Kalau sekiranya kita tidak tahu berapa ramai yang akan datang, mungkin akan berlaku pembaziran vaksin, tidak cukup vaksin dibawa atau vaksin terlebih banyak dibawa ke PPV,” katanya.

Bagi mereka yang menjawab tidak dapat hadir, tarikh untuk mereka menerima vaksin COVID-19 akan dijadualka­n semula dan sekiranya masih enggan hadir, pihaknya akan menyiasat punca keengganan mereka, katanya.

Ditanya mengenai perkembang­an perolehan vaksin AstraZenec­a, Khairy berkata perkara itu akan diputuskan pada minggu hadapan selepas mesyuarat JKJAV dan laporan daripada kumpulan pakar.

Menurut laporan media, Agensi Ubat-ubatan Eropah dilaporkan mengeluark­an kenyataan kejadian darah beku daripada suntikan AstraZenec­a disenaraik­an sebagai kesan sampingan jarang berlaku. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Khairy memberitah­u perkembang­an terkini Program Imunisasi COVID-19 pada sidang media di Putra Jaya, semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Khairy memberitah­u perkembang­an terkini Program Imunisasi COVID-19 pada sidang media di Putra Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia