Utusan Borneo (Sarawak)

395,891 individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat kelmarin: Dr Adham

-

KUALA LUMPUR: Seramai 395,891 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapk­an dua dos suntikan vaksin mereka setakat kelmarin.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama 583,903 telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 979,794.

Dr Adham menerusi satu infografik yang dikongsika­n di laman Twitter rasminya memaklumka­n lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 77,252 diikuti Sarawak (61,890), Sabah (54,070), Perak (52,679) dan Kuala Lumpur (52,110).

Sementara itu, lima negeri yang melengkapk­an keduadua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 52,617 individu diikuti Perak (43,394), Sabah (41,267), Kuala Lumpur (33, 603) dan Sarawak (32,052).

Bagi jumlah pendaftara­n untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pula, Dr Adham memaklumka­n setakat semalam seramai 8,513,651 atau 35.10 peratus telah mendaftar, dengan Selangor merekodkan angka tertinggi iaitu 2,277,009.

Mengikut perancanga­n program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaa­n fasa pertama pemberian vaksin bermula Februari hingga April ini melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini pula, membabitka­n 9.4 juta warga emas berusia 65 tahun ke atas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 membabitka­n individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia