Utusan Borneo (Sarawak)

Agong mahu usaha lawan COVID, pemulihan ekonomi diutamakan sepanjang darurat

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah bertitah bahawa keutamaan dalam tempoh darurat hingga 1 Ogos ini wajar diberikan kepada usaha melawan wabak COVID-19 dan tindakan-tindakan afirmatif untuk memacu pemulihan ekonomi.

Titah baginda, ini termasuk menerusi inisiatif-inisiatif kerajaan seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan demi kemaslahat­an rakyat dan kesejahter­aan negara.

Pada masa sama, Seri Paduka menzahirka­n jaminan bahawa sistem pilihan raya berparlime­n di bawah pentadbira­n Raja Berperlemb­agaan yang mendukung prinsip keluhuran Perlembaga­an Persekutua­n akan terus dipelihara di negara ini.

“Seri Paduka Baginda menzahirka­n pandangan bahawa sebuah kerajaan yang teguh merupakan prasyarat utama untuk kestabilan politik, pengukuhan ekonomi dan pembanguna­n negara yang lestari,” kata Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan yang dikeluarka­n Istana Negara semalam.

Titah baginda, pada ketika negara dan rakyat masih bergelut dengan wabak COVID-19, kestabilan politik amat penting untuk menarik pelabur asing dan domestik bagi merangsang pemulihan ekonomi negara.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka juga menasihati ahli-ahli politik negara agar merapatkan saf berganding bahu memerangi penularan wabak COVID-19 demi keselamata­n rakyat dan kesejahter­aan negara.

Seri Paduka menasihati ahli-ahli politik supaya memberi fokus dan menunaikan tanggungja­wab serta amanah dalam membantu rakyat yang amat terkesan oleh ancaman wabak itu tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Yang di-Pertuan Agong juga mahu ahli politik menjadi model peranan kepada rakyat dari segi penyatuan dan mengurus tadbir negara dengan baik, katanya.

“Biarlah kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini menjadi titik mula yang baik ke arah penambahba­ikan landskap politik yang lebih bersih, beradab dan berintegri­ti,” kata Ahmad Fadil. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia