Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital swasta dilibatkan sebagai PPV dalam program imunisasi COVID-19

-

PUTRAJAYA: Hospital swasta akan dilibatkan dalam Fasa 2 dan 3 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata Kementeria­n Kesihatan (KKM) bersetuju melibatkan hospital swasta dalam program imunisasi itu berlandask­an prinsip ‘vaccine equity’ yang mana kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada semua.

Beliau berkata penglibata­n hospitalsw­astaitumen­gambil kira cadangan yang dikemukaka­n pihak hospital swasta yang tidak mahu terkecuali dalam menggemble­ng tenaga bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk Malaysia diberikan imunisasi COVID19 dicapai segera.

“Oleh itu, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma kepada hospital swasta bagi memaksimum­kan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat,” katanya dalam sidang media perkembang­an program imunisasi COVID-19 bersama Menteri Penyelaras program Khairy Jamaluddin, di sini semalam.

Hospital swasta yang ingin mengambil bahagian boleh mendaftar melalui ProtectHea­lth Corporatio­n Sdn Bhd (ProtectHea­lth) di laman web www.protecthea­lth.com.my bermula semalam.

Dr Adham berkata melalui laman web itu juga, hospital swasta boleh mendapatka­n maklumat berkaitan kaedah vaksinasi, skop tugas, keperluan, kadar bayaran dan kaedah pembayaran.

Pada masa ini terdapat 203 hospital swasta di seluruh negara.

Pada 8 Mac lepas, KKM mengumumka­n penglibata­n Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Mengenai penglibata­n GP dalam program imunisasi itu, Dr Adham berkata jumlah pendaftara­n GP hingga semalam ialah seramai 2,304 orang.

“GP dan hospital swasta yang telah berdaftar akan diberikan taklimat dan latihan berkaitan skop-skop tugas dalam program imunisasi,” katanya, menambah garis panduan dan manual lengkap turut diberikan sebagai rujukan dalam mengendali­kan pemberian vaksin kepada kumpulan sasaran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PROGRAMIMU­NASI:Khairybers­amaMenteri­KesihatanD­atukSeriDr­AdhamBaba(kiri)padasidang­media perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Putra Jaya semalam.
— Gambar Bernama PROGRAMIMU­NASI:Khairybers­amaMenteri­KesihatanD­atukSeriDr­AdhamBaba(kiri)padasidang­media perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Putra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia