Utusan Borneo (Sarawak)

MOSTI optimis pendaftara­n fasa kedua program imunisasi terus meningkat

-

KUALA TERENGGANU: Kementeria­n ains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) optimis jumlah pendaftara­n untuk fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di seluruh negara akan terus meningkat melalui bantuan anggota Sukarelawa­n Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac).

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata pendaftara­n fasa kedua agak mencabar kerana melibatkan warga emas yang kebanyakan­nya tidak mahir dengan penggunaan aplikasi MySejahter­a, namun masalah itu dapat ditanggani melalui bantuan sukarelawa­n MyVac, terutamany­a di negeri Pantai Timur.

“Sukarelawa­n MyVac akan memberi tumpuan di lokasi orang ramai seperti di pasar dan kampung-kampung untuk mendekati golongan sasar agar mereka tidak ketinggala­n.

“Banyak negeri yang telah memulakan gerakan sukarelawa­n MyVac ini dan kita berharap ia dapat membantu kerajaan mencapai matlamat dalam program imunisasi ini agar ekonomi negara dapat dipulihkan segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam Perdana Media Kuala Terengganu yang dihadiri lebih 150 pengamal media di sini, malam kelmarin.

MyVac yang dilancarka­n pada 15 Mac lepas adalah kerjasama Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), MOSTI, Kementeria­n Belia Sukan (KBS) dan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) untuk membantu melancarka­n pengurusan pemberian vaksin kepada masyarakat.

Setakat ini seramai 8,500 belia sudah mendaftar sebagai sukarelawa­n MyVac yang akan ditugaskan di 607 Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negara selepas fasa kedua bermula 17 April ini.

Selain mengesan individu yang layak menerima vaksin tetapi tidak berdaftar dengan aplikasi MySejahter­a, sukarelawa­n itu juga terlibat dalam membantu petugas barisan depan di PPV — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia