Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipenjara lapan tahun angkara kes cabul dan dadah

-

KAHERAH: Mahkamah di Mesir kelmarin menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun ke atas seorang lelaki kerana menyerang secara seksual tiga gadis bawah umur dan memiliki dadah, dalam kes yang mencetuska­n kemarahan dalam media sosial.

Ahmed Bassam Zaki, bekas pelajar sekolah paling elit di Mesir dan American University di Kaherah, dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kerana menyerang secara seksual tiga gadis bawah umur dan setahun kerana memiliki dadah, menurut sumber kehakiman.

Dia boleh merayu bagi keputusan tersebut, tambah sumber berkenaan.

Zaki, 20-an, dijatuhkan hukuman pada Disember dengan tiga tahun penjara kerana menyerang secara seksual dua gadis oleh mahkamah ekonomi yang menghakimi jenayah siber.

Mahkamah mendapati dia telah menghantar beberapa gambar seksual kepada salah seorang gadis terbabit dan menghubung­i beberapa kali seorang lagi gadis lain tanpa keizinanny­a.

Tuduhan terhadap Zaki muncul dalam talian pada tahun lepas dalam bentuk keterangan, kebanyakan­nya daripada rakan sekelas, yang diterbitka­n akaun Instagram Assault Police.

Ia termasuk satu tuduhan merogol dan beberapa dakwaan mengenai serangan terhadap gadis dan wanita, sebahagian­nya melibatkan ugutan.

Zaki telah ditangkap pada 4 Julai dan mengaku telah menyerang dan mengugut enam pengadu, salah seorang daripada mereka seorang gadis bawah umur.

Kes menghidupk­an kembali satu kempen #MeToo di Mesir, di mana wanita mengadu tentang serangan seksual yang tersebar meluas, satu kesalahan jenayah sejak 2014.

Tinjauan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kebanyakan wanita di negara konservati­f terdedah kepada gangguan meliputi siulan atau pekikan mengejek kepada mencubit dan meraba atau lebih teruk daripada itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia