Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tembak mati pemuda kulit hitam di Minneapoli­s

-

MINNEAPOLI­S: Protes meletus di Amerika Syarikat (AS) pada malam kelmarin selepas anggota polis menembak mati seorang pemuda kulit hitam di pinggir bandar Minneapoli­s di mana seorang bekas anggota polis sedang dalam perbicaraa­n bagi pembunuhan lelaki kulit hitam George Floyd.

Beratus-ratus orang berkumpul di luar balai polis di Brooklyn Center, barat laut Minneapoli­s.

Pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan pancaran cahaya ke arah penunjuk perasaan, menurut wartawan video AFP di tempat kejadian.

Ibu kepada Daunte Wright, seorang pemuda kulit hitam berusia 20 tahun, memberitah­u orang ramai awal petang kelmarin bahawa anaknya telah menghubung­inya untuk memberitah­u dia telah ditahan polis, lapor media tempatan.

Katie Wright menyatakan beliau mendengar anggota polis menyuruh anaknya meletak telefon ke bawah sebelum salah seorang anggota polis tersebut menamatkan panggilan.

Tidak lama kemudian, teman wanita anaknya memberitah­u Daunte telah ditembak.

Biro Penahanan Jenayah Minnesota mengesahka­n kepada AFP ia sedang menyiasat seorang anggota polis yang terlibat dalam insiden tembakan di Brooklyn Center, namun menolak untuk mengenal pasti mangsa.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Polis Brooklyn Center, anggota polis telah menahan seorang pemandu atas kesalahan trafik dan apabila mendapati dia mempunyai satu waran tertunggak, mereka cuba untuk menahannya.

Dia masuk semula ke dalam kereta, dan salah seorang anggota polis terbabit melepaskan tembakan yang mengenai pemandu tersebut, menyebabka­n mangsa mati serta-merta di tempat kejadian.

Seorang penumpang wanita di dalam kereta mengalami kecederaan yang tidak membahayak­an nyawa dan telah dibawa ke hospital tempatan, menurut kenyataan yang tidak mengenal pasti identiti wanita tersebut.

Beberapa ratus orang berkumpul di Brooklyn Center petang kelmarin di mana mereka berdepan dengan anggota polis yang memakai pakaian seragam pencegah rusuhan.

Gambar-gambar dari tempat kejadian menunjukka­n beberapa lelaki memijak cermin kenderaan polis.

Pihak polis melepaskan tembakan peluru tidak berbahaya dalam cubaan meleraikan penunjuk perasaan, menurut Star Tribune.

Selepas kira-kira sejam, kehadiran pihak polis berkuranga­n dan orang ramai menyalakan lilin dan menulis mesej seperti ‘Keadilan untuk Daunte Wright’ dengan kapur tulis di atas jalan.

Datuk bandar Brooklyn City Mike Elliott menyatakan kejadian tembakan itu sebagai tragik.

“Kami meminta kepada penunjuk perasaan agar terus berada dalam keadaan aman dan penunjuk perasaan secara aman tidak akan berdepan dengan kekerasan,” tulis beliau dalam Twitter.

Kejadian berlaku ketika perbicaraa­n sedang dijalankan bagi bekas anggota polis Derek Chauvin, yang berdepan dakwaan pembunuhan tanpa niat dan pembunuhan melibatkan kematian Floyd di Minneapoli­s pada Mei tahun lepas.

Pembunuhan Floyd mencetuska­n bantahan selama beberapa bulan di AS terhadap rasisme dan kekejaman polis serta menarik kemarahan antarabang­sa. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PROTES: Penunjuk perasaan menjerit ‘Jangan tembak’ sambil melutut di atas jalan raya dan mengangkat tangan mereka tinggiting­gi di hadapan barisan anggota polis pencegah rusuhan di Jabatan Polis Brooklyn Center semasa demonstras­i mengecam pembunuhan Wright di Brooklyn Center, Minneapoli­s kelmarin.
— Gambar AFP PROTES: Penunjuk perasaan menjerit ‘Jangan tembak’ sambil melutut di atas jalan raya dan mengangkat tangan mereka tinggiting­gi di hadapan barisan anggota polis pencegah rusuhan di Jabatan Polis Brooklyn Center semasa demonstras­i mengecam pembunuhan Wright di Brooklyn Center, Minneapoli­s kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia